Skip to main content

PERIHAL GAMAT



Ini adalah sebahagian dari perbualan (discussion)  berkenaan dgn gamat...

mass saya czer ari tu doc mmg dah nasihat awal-awal dlm sebulan tolong elakkan makan pati haruan dan gamat  tak kesah la sapu atau minum. Makan ikan haruan tu tak pe dan elok diamalkan dari makan pati haruan, sebab fungsi gamat tu sendiri memang menyembuhkan luka tapi dalam tempuh yg amat singkat. Doc kata selepas pembedahan isi dalaman perlu masanya sendiri utk pulih dan biarlah secara semulajadi bukan denagn cara yg amat pantas. Masa admit ward bulan 3 ari tu kat wad saja dah penuh dengan pesakit yg asalnya dulu pernah czer tapi ada masalah lain utk dioperate tapi ada masalah lain pula iaitu dinding rahim dan isi perut melekat antara satu sama lain. Ada yang usus melekat sesama isi sampai ganggu masalah pembuangan dan yang paling sedih bila rahim terpaksa dibuang pada usia yang baru 30 thn sbb rahim rosak teruk. Rosak teruk tu maksudnya dlm tu melekat-lekat antara isi dan dinding sampai bersilang-silang. Bukan cerita rekaan tp dari mulut pesakit dan doc juga yg cerita pada saya. Dan sebab paling banyak adalah amalkan pati gamat dr awal-awal berpantang. Doc pesan nak ambil boleh tapi selepas 30 hari dan ke atas itu pun dlm kuantiti sederhana begitu juga pati haruan. Ikan haruan fresh tu tak menjadi masalah kalau nak makan masa 30 hari berpantang tu. Ini apa yg diberitahu pada saya dan pengalaman sendiri.
- Puan Nooraisyah Mohd Yusof

Gamat pun tak sesuai utk pengidap kanser,,,ia bukan mengurangkan tapi menyuburkan,,
-Nur Mus

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
 Kesimpulannya : 

- pati gamat tidak sesuai diamalkan oleh ibu yang bersalin secara pembedahan. luka pembedahan pesakit memang cepat sembuh. Tetapi hanya di luaran. Sedangkan luka bahagian dalaman tidak sembuh sepenuhnya, mengakibatkan jangkitan dan si ibu terpaksa buat dressing balik. Ada kes lain, luka dalaman membusuk.

- gamat tidak sesuai diamalkan terlalu banyak oleh ibu yang berpantang. Kerana sifatnya seakan seafood boleh mengakibatkan kegatalan bagi sesetengah ibu selepas bersalin. Oleh itu, dinasihati ibu-ibu yang nak amalkan pemakanan berasaskan gamat, cuba dahulu sebelum mengamalkannnya. Dan kena tahu sukatan yang sesuai untuk diamalkan.

- amalan gamat juga tidak sesuai bagi wanita yang mempunyai masalah ketumbuhan rahim. Sifat gamat adalah seperti seafood yang menjadi penyumbang kepada pembesaran ketumbuhan rahim itu sendiri. Sama juga kolagen berasaskan rumpai air.

-Penggunaan gamat pada pusat bayi boleh juga sehingga menyebabkan jangkitan.

-Gamat lebih sesuai untuk mengubati luka ringan dan luka kecil.




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...