Skip to main content

"I WANT TO TOUCH THE DOG"

No komen banyak-banyak
sebab nanti akan ada tetiba kata lebih baik pegang anjing drpd pegang bukan muhrim...eh
bersangkut paut kah...oohhh..sangkut pautlah jugak...ada haramnya disitu..eh

Memanglah anjing dibenarkan dibela tapi bukan saja-saja utk dibela...terutama untuk dijadikan hobi atau dibuat 'pet'...

Dibenarkan utk dibela utk jaga tanaman/kebun/berburu/menjaga keselamatan tapi itu pon kena di letakkan di luar rumah...

Apa motif kempen ni diadakan??
untuk menunjukkan sikap ihsan ke??atau apa??

Bersikap ihsan kepada haiwan memang dituntut dalam Islam
sama seperti kita dilarang menganiayai binatang/makhluk Allah yang lain...
ini terbukti dalam sebuah hadis tentang seorang pelacur yang memberi minum seekor anjing yang kehausan.
"Ketika seekor anjing berpusing mengelilingi sebuah perigi dan hampir mati kerana dahaga, seorang pelacur daripada suku Bani Israil melihatnya. Lalu dia menanggalkan kasutnya dan memberi anjing tersebut minum dengannya. Maka Allah mengampunkan dia kerana perbuatannya itu." [Hadith Riwayat al-Bukhari di dalam kitab Shahihnya, hadis no: 3467]

Tapi tak perlulah sampai untuk membelai...ada keperluankah di situ?
adakah benar-benar darurat ketika itu??
adakah anda seorang doktor haiwan??adakah anda sedang menyelamatkan seekor anjing yang dalam kesusahan/bahaya/kesakitan??

Pegang saje-saje tanpa sebab kan tak boleh!.. 
banyak cara kalau nak sangat "menyayanginya" tanpa perlu menyentuhnya...

Bersikap ihsan pada anjing bukan bermaksud atau diberi lesen besar untuk membelai, memanja-manjakannya seperti seekor kucing layaknya.
Ia bermaksud menjaga hak-haknya...jika sakit dirawat... lapar dibagi makan... haus diberi minum...jangan menyakitinya tanpa sebab...

Bukankah kucing itu haiwan kesukaan nabi...
nape tak teruskan apa yg nabi suka tu...
Banyak bersepah kucing kurap mintak makan dihujung kaki...
ada anda bagi tak lauk yang anda nak suap dalam mulut pada dia
atau anda hanya melihat di hujung mata...merungut-rungut...
atau anda sepak-sepak kuis-kuis saje atau anda ada bagi tapi sisa tulang yang tak berisi??

Bersepah-sepah jugak kucing yang tak bertuan...tapi apa tindakan anda...ihsan? mungkin....dalam hati...

sekarang  anjing...lepas ni pig lah pulak eh

Islam itu memang mudah tapi jangan diambil kesempatan atas kemudahan yang diberikan olehNYA. 






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...