Skip to main content

PERIHAL SI AMEER

Ai pernah stori pasal anak ai Ameer kan..
yang umur dia 3 tahun baru boleh bercakap...umur 5 tahun pon belom boleh bercakap dengan lancar...

awal tahun aritu dia masuk tadika...
Cikgu ada jugak bagitahu yang Ameer sungguh pon ceria dan rajin dalam kelas tapi selalu diam bila cikgu/kawan tanya..
(diam bukan tak faham tapi dia tak berapa lancar nak bercakap)
cikgu pon ada bagitahu yang Ameer agak 'slow' berbanding dgn kawan-kawan dia...

Ai pon tak pasti mcmana dia berinteraksi dgn kawan-kawan dia sebab ai perhatikan dia dan kawan-kawan dia boleh bergaul mesra..

Bab tu ai dah tak rungsing...asalkan dia enjoy kat sekolah...bangun pagi nak mandi atau breakfast pon dia tak de masalah...slow atau dia lambat bercakap ai tak kisah dah..
yang ai rungsingkan ketika itu dia masih tak boleh membaca..
 dia cuma boleh pass setakat buku nombor 4 siri Bacalah Anakku
itu pon merangkak-rangkak...
macamanalah nanti masuk darjah 1..makin jauh ketinggalanlah jawapnya...

kadang-kadang ai try to positive selalu pasal Ameer ni...tapi tu lah kan...hati seorang ibu...so ai mesti buang perasaan negatif tu..sebab kalau dibiar ai tak boleh nak berfikir..

Awal bulan 12 aritu ai masukkan dia ke kelas intensif membaca...
seminggu 4 kali (1 jam)..ini pon jenuh ai carik...
cam biasalah ai terangkan pada cikgu perihal Ameer ni...

Alhamdulillah...dia dah nak abis buku nombor 8 siri Bacalah Anakku
cikgu pon terkejut tengok perkembangan dia yang mendadak...hampir khatam dalam masa sebulan...
ai tengok cikgu tu cukup seronok...ai pon lagilah beronok-ronok...seronok berdouble-double...rasa lega sangat...
Syukur!

so ai plan bulan depan(Januari)..ai nak antar dia kelas intensif membaca jawi pulak...bulan Febuari baru g kelas intensif membaca bahasa english pulak...one by one satu persatu...
slow progress better than no progress




Buku berkenaan dengan kereta memang feberet dia sangat-sangat..
ketika ini dia memang tak boleh membaca tapi dia sangat rajin membelek 'membaca' buku..samada tengok gambar pastu dia kan berimaginasi dari gambar yang dia belek atau dia baca huruf satu persatu...
jangan tak tahu...kamus tebal yang tak ada gambo tu pon dia belek 'baca ' jugak...ai pon tak tahu apa yang dia bacakan sebab tak pernah lagi dengar dia baca huruf-huruf macam biasa dia buat pada buku-buku yang bertulisan besar...

Ameer oh Ameer...










Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara