Skip to main content

TIPS BISNESS

Tips Bisnes : 
Hindari mentaliti orang-orang kolot!

Kata-kata berbisa dari boss Alibaba.. buat renungan bersama.

Jack Ma Pengasas Alibaba Group: 
Berurusan dengan Orang-orang yang tidak dikenali, Keluarga dan Rakan-rakan.

Jack Ma pernah berkata, "Apabila menjual (berurusan) kepada rakan-rakan dan keluarga, tidak kira berapa banyak yang anda jual kepada mereka, mereka akan sentiasa merasa anda
mendapatkan keuntungan dari wang mereka, tidak kira berapa murah yang anda jual kepada mereka, mereka tetap tidak akan menghargainya.

Kebiasaannya mereka tidak mengambil berat tentang Kos, Masa dan Usaha anda, mereka lebih rela orang lain menipu mereka, yang membolehkan orang lain mendapatkan keuntungan daripada menyokong seseorang yang mereka kenali.
 Ia disebabkan di dalam hati mereka akan sentiasa berfikir, 
"Berapa banyakkah yang dia dapat daripada aku?" 
dan bukannya 
"Berapa banyakkah dia JIMATKAN / BUATKAN untuk aku?"

Inilah contoh klasik mentaliti orang2 kolot!

Bagaimana orang yang berjaya menjadi kaya?
Salah satu sebab utama ialah mereka sanggup menyokong perniagaan sekutu mereka, menjaga kepentingan bersama antara satu dengan yang lain dan maka itu secara semula jadi mereka akan mendapat keuntungan bersama.

Rakan sealiran seterusnya akan menyokong anda, dengan itu, bulatan kekayaan terus berkembang dan berkembang.!!

Logiknya mudah sahaja, anda akan mula menjadi kaya sebaik sahaja anda memahaminya.

Komen Jack Ma pada Jualan(sales): 
"Apabila melakukan Jualan, orang pertama yang akan mempercayai anda adalah orang asing, sebaliknya Kawan-kawan akan menghindari anda, rakan-rakan akan menjauhkan diri dari anda dan keluarga akan memandang rendah atau memperkecilkan anda.."

Pada waktu setelah anda akhirnya berjaya, membayar semua bil-bil untuk setiap keramaian dan hiburan bersama-sama, anda akan sedar: SEMUA ORANG YANG MEMPERKECILKAN ANDA ADA BERSAMA KECUALI Orang Asing !!!

Adakah anda memahami makna ini semua???

Kita perlu melayani orang asing lebih baik !! Dan lebih-lebih lagi kepada rakan-rakan yang tahu, memahami apa yang anda lakukan dan masih menyokong anda !!!
 Mereka  adalah PELANGGAN KITA yang terbaik !!




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...