Skip to main content

TIADA TAJUK

Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara, saya menyelok poket mencari duit RM1.60 bayaran tol. Baru sedar tak bawa wallet. Menyelongkar dalam dashboard kereta jumpa, duit syiling RM1.40 sen. Tak cukup 20 sen lagi. Saya memberhenti kereta agak jauh dari rumah tol. Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi. Selak pelapik kaki, buka bonet belakang, namun duit 20 sen tak ditemui.
Nak telefon anak suruh hantar, tentu kena pusing jauh. Dalam hati mengingat Allah moga dipermudahkan. Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol, rasa malu. Semasa berdiri luar kereta memikir jalan, seorang penunggang motosikal OKU memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya, bertanya adakah kereta saya rosak. Saya cepat mengatakan tidak. Masa itu saya hilang rasa malu meminta kepadanya 20 sen untuk mencukupkan bayaran untuk keluar tol. Dia gelak kecil dan mengeluarkan duit seringgit, dan menyuruh saya menerimanya. Dia berlalu dengan ucapan salam setelah saya menyatakan penghargaan kpdnya.
Mungkin kejadian ini Allah memperingatkan saya bahawa sekaya mana kita, sebanyak mana harta kita, setinggi mana kedudukan kita, sebaik mana kenderaan kita, itu bukan bermakna kita sudah tidak perlu orang lain dalam hidup. Janganlah memandang rendah kpd mereka yg kurang berada, kerana suatu hari mungkin kita memerlukan mereka. Tuhan boleh takdirkan apa juga. Mungkin kerana kereta kita besar, hebat, kita memicit hon kpd kancil dan viva kerana lambat untuk memotong, picit hon kpd kapcai yg masuk ke lorong kereta atau tak mau mengelak bila berselisih dg motor dlm kampung.
Mungkin juga Allah mahu membiarkan saya merasai untuk seketika betapa resahnya mereka yg tidak berada, tidak mampu..Sedangkan orang lain tidak kecukupan sepanjang hidup. Mungkin juga Allah mahu mengingatkan saya bahawa setiap siling adalah rezeki dari Allah, besar nilainya. Ada ketika siling yg jatuh dibiar tidak dikutip, tetapi bila terjadi peristiwa ini mengajar betapa setiap siling besar nilainya disisi tuhan. Siling 20 sen yg saya cari waktu itu utk mencukupkan bayaran tol tidak ternilai harganya.
Bila kita ditimpa kesusahan, bila kita dlm keadaan meminta dan mengharap, kerapkali yg datang menolong adalah mereka yg kurang berada. Berapa banyak kereta yg berlalu begitu sahaja, tetapi OKU yg bermotor inilah yg sanggup berhenti bertanya masalah dg hasrat utk menolong.
Allah selalu menegur kita, cuma kita yg tidak terasa teguran itu kerana kita mahu memikirkan setiap peristiwa yg berlaku kpd kita, yg dinampakkan kpd kita. Kita melalui semua adegan hidup bagai menaiki keretapi ekspress. Berhentilah sejenak untuk memikir kerana di dalam Quran, Allah ada menyebutkan 'sebagai peringatan kpd mereka yg mahu berfikir'. Ambillahlah langkah untuk mula memikirkan.

JGN PANDANG HINA ORG YG DAIF N GOLONGAN ASNAF NAIF HATI MERAKA LEBIH MULIA DARI ORG2 KAYA YG LEBIH ADA STATUS.👍👍👍


*bukan cerita saya...copypaste

Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...