Skip to main content

PANADOL @ PARACETAMOL

Image result for paracetamol

Artikel dari Dr Zubaidi hj Ahmad

"Apa beza panadol yg dijual dlm pelbagai bentuk? Ada panadol Antifast, ada panadol Menstrual & sebagainya? boleh doktor komen"


SALAH FAHAM TERHADAP PARACETAMOL

1.Panadol Regular
mengandungi Paracetamol 500mg yg boleh diambil oleh org dewasa setiap 4-6 jam, samada sebiji atau 2 biji setiap kali pengambilan.

2. Panadol Extend
mengandungi 665mg & boleh bertahan sehingga 8 jam. Oleh itu diambil sebiji setiap 8 jam.

3. Panadol Extra
mengandungi 500mg paracetamol & 65g cafeine, utk sakit yg lebih kuat & tidak menyebabkan ketidakselesaan perut.

4.Panadol Actifast
mengandungi paracetamol 500mg & 173mg Sodium utk tindakan yg dua kali ganda lebih cepat. Oleh kerana mengandungi Sodium, pesakit darah tinggi & jantung yg dinasihatkan utk mengambil sodium yg rendah dlm pemakanan agar berhati-hati.

5.Panadol Menstrual
mengandungi paracetamol 500mg & pamabrom 25mg. Pamabrom bertujuan utk mengurangkan kembung perut ketika haid.

6. Panadol Soluble
mengandungi paracetamol 500mg & sodium 427mg. Ia mudah larut dlm air. Kandungan sodium agak tinggi, pesakit darah tinggi & jantung yg dinasihatkan utk mengambil sodium yg rendah dlm pemakanan agar berhati-hati.

Oleh kerana Panadol dijual dlm pelbagai bentuk penyediaan, pesakit harus berbincang dgn doktor atau pegawai farmasi, walaupun ia boleh dibeli tanpa preskripsi.


========================================

Ubat tahan sakit seperti paracetamol hanya diambil sekiranya perlu untuk menahan kesakitan secara sementara sahaja. Lazimnya, pesakit dinasihatkan agar mengambil dos yang paling rendah dan untuk tempoh yang paling singkat mengikut kesesuaian setiap individu. Sekiranya kesakitan berpanjangan atau tidak beransur pulih, pesakit dinasihatkan agar tidak mengambil ubat tahan sakit dalam dos yang berlebihan, sebaliknya berjumpalah doktor untuk mengenal pasti punca kesakitan itu berlaku.

Untuk makluman, paracetamol mempunyai 'half-life' yang pendek, iaitu selama 1 - 4 jam sahaja. Ini bermakna, hampir kesemua paracetamol akan disingkirkan daripada badan dalam tempoh 24 jam. Walau bagaimanapun, pengguna juga disarankan agar tidak mengambil melebihi dos maksima yang ditetapkan, iaitu 4 gram (bersamaan 8 biji paracetamol 500 mg) dalam tempoh 24 jam.

Panadol adalah sejenis "painkiller". Semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.







Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara...