Skip to main content

UTK DRIVER WANITA JANGAN MUDAH TERTIPU

Image result for enjin kereta

Rata-rata semua cuma tahu bawak je kan..termasuklah saya..pengetahuan pasal kereta mmg ZERO...nak pump tayar pon terkial2..

Jom saya share kan sesuatu di sini...perkongsian dari seorang rakan...
==============================================

1. Minyak Hitam
Minyak hitam yg bukan sintetik tu - 
Setiap 5,000km atau 3 bulan whichever ie earlier.
Kalau yg bukan sintetik tu -
mungkin 7,500km atau 10,000km

2. Filter
sama seperti minyak enjin.
Minyak mineral biasa - 5000km
Minyak Synthentic - 7500km hingga 1000km
* dlm erti kata lain, bila tukar minyak enjin tu, maka tukar juga la filter minyak tu sekali (oil filter)

3. Spark Plug -
 20,000km ikut schedule maintenance book!
*tapi boleh pakai sampai 30k-40k takde hal...benda ni bukan critical sangat! Tapi kalau dah lebih 40k tak tukar, dianya electrode pun dh nipis, elok tukar saje. Haga sekitar RM20-25 utk 4 biji

4. Bateri kereta 
18 bulan hingga 2 tahun, terpulang pada cara penggunaan..kalau kita selalu topup air suling tu, ianya boleh tahan sampai 2 tahun..kalau selalu lupa topup dan selalu kering..6 bulan pon bateri dah kong!

Free maintenance battery lain plk ceritanya, tak yah topup air, harga lebih mahal dari bateri biasa. Bila beli battery jgn main hentam aje. Beli battery dari jenama yg boleh dipercayai BOSCH, CENTURY tapi ada jugak jenama yg tak terkenal tapi lebih elok!
Bateri yg baik biasanya lebih berat dari bateri yg kurang baik. Bandingkan bateri tersebut dlm kategori yg sama. Kalau NS50 tu anda kenalah compare dgn NS50 dari jenama lagi satu.

5. Timing Belt -
 60,000km utk Wira, Saga. Waja boleh tahan sampai 90,000km dan Honda CRV tahan hingga 160,000km. Jadi timing belt ni ikut jenis kereta. Banyak orang tak tahu..dorang sampai 60,000km terus tukar tak kiralah dia pakai kereta apa..

6. Clutch Plat 
- Clucth Plat ini ialah perkara subjektif. Biasanya ikut pengalaman, hanya tukar bila ada simptom "clutch slipping" berlaku sewaktu pemanduan kita. Ni perkara yg susah nak diterangkan, sebab tu mereka kata bila 100,000km baru tukar clutch!

7.Fuel Filter
- tukar aje lah sekitar 40,000km sekali. Benda ni pon murah RM15-20 je.

8.Air Filter atau Filter Udara -
yg ni ditukar setiap 20,000km tapi ada mereka yg tukar kepada K&N type, benda ni tak payah tukar, tapi mampu dibersihkan sudah cukup.

9.ATF (Automatic Transmission Fluid)
Minyak ni memang penting bagi yg pakai AUTO. Dalam manual dia ada sebut setiap 20,000km tukar. Tapi boleh extend hingga 30,000km kepada mereka yg nk berjimat. Minyak ni memang penting ditukar..jangan abaikan (contoh jika tak tukar lebih dari 30,000km kerana kerosakan pada Auto gearbox perlu belanja yg besar. Kalau kita rajin tukar, kereta tak perlu Transmission Flush seperti yg disyorkan oleh sesetengah bengkel. Transmission Flush boleh pergi sampai 7-9 litre. Ini membazir utk kita. Caj sekitar RM200++. Kalau anda selalu tukar ATF, hanya tukar biasa aje, yg budget kurang dari RM100++..ikut size kereta anda.

10. Gear Oil -
utk mereka yg pakai manual gearbox. Kereta anda tak perlu pakai ATF, tetapi sebaliknya pakailah GearOil. Benda ini boleh lah ditukar 60,000km sekali.

11. Brake Fluid & Power Steering Fluid
Kalau rajin boleh flush keluar ganti baru setiap 60,000km

12. Radiator Coolant
Sebotol RM8-RM15..selalunya berwarna hijau
60,000km bolehlah tukar sekali! Kalau air radiator korang warna clear je..Maknanya air paip biasa le teww.. Pakai coolant enjin lebih cepat panas & juga tak mudah mendidih!

13. Air Cond Belt/Alternator Belt
Belt ni perlu ditukar sama waktu dgn timing belt. Kalau kite terlupa tukar sewaktu servis sebelum-sebelum ni. Belt air cond dan Alternator mudah dikenal pasti akan perlunya ditukar atau tidak. Ini kerana letaknya di luar dan boleh nampak. Kalau bahagian 'ribs'nya dah ada crack crack halus..maka eloklah ditukar. Jangan tunggu masa timing belt nak ditukar, barulah nak ditukar belt2 ini.

Akhir kata..ingin diingatkan maintenance schedule yg ikut 'km' atau '3 bulan' '6 bulan' dan seterusnya ni hanya memudahkan pengguna2 kenderaan melakukan penyelenggaraan/preventive maintenance.

Maksudnya..benda yg kite tukar tu belum tentu rosak..tapi dah sampai masa kena tukar. Preventive mauntenance ni mampu mengelakkan kereta menghadapi kerosakkan yg kritikal di masa akan datang!

Preventive maintence ni kalau kita ikut tanpa mengetahui sedikit sebanyak tentang fungsi dan sebab mengapa alat ganti perlu ditukar ianya boleh juga menjadi satu pembaziran.

cth, 'shock absorber' perlu ditukar setiap 20,000km tentu kite tak mampu nak ikutnya..jadi kat sini perlu ada asas ilmu mcm yg dah diterangkan kt atas td.

Minyak hitam mineral utk 5000km/3 bulan, minyak semi sintetik utk 10,000km/6 bulan, minyak fully sintetik utk 15-20,000km/1 tahun.

Kalau boleh belilah minyak hitam di stesen minyak confirmed genuine atau dari kedai spare part yg memang korang betul2 yakin..bukan apa takut2 botol je ori berjenama tp dlm dah refill dan diseal cap ayam.

Minyak gear manual ditukar setiap 40,000km utk kereta baru (kurang 5 tahun), setiap 20,000km utk kereta 5 tahun ke atas atau bila gear shift rasa ketat. Paling bagus kereta lama bubuh gearbox treatment. Minyak gear ATF ditukar setiap 20,000km. sama mcm di atas.

14. Flush
Kalau dlm buku kata tak ada, maka tak perlu.
Air filter pon sama- 20,000km
Coolant tukar tiap2 20,000km. Nak tukar 50,000km pun boleh dgn syarat guna air suling or RO Water.
Timing belt ditukar setiap 80,000km. Tapi pernah terjadi strech sampai 110,000km (Wira 1.6xli) tanpa masalah sebab guna timing original Mitsubishi dan selalu inspect timing belt keretanya. Merekah tak de, gigi still elok - tak perlu ditukar.
Aircond belt, alternatorbelt, power steering belt tukar semasa tukar timing belt atau apabila nampak crack

15.Water pump
ditukar apabila menukar timing belt utk kali ke 2. Katakan kite tukar timing belt setiap 80,000km, maka apabila kite menukar timing belt utk kali ke 2 pada 160,000km, elok tukar sekali water pump kerana hayatnya pon dah nk tiba. Nak tukar water pump kena bukak timing belt. So kalau buat sekali tak de extra labour charge.  Timing belt juga dipanggil cam belt kerana memacu camshaft) ianya berbeza antara satu pengeluar ke pengeluar yg lain.

16.Spark plug
Spark plug setiap 20,000km atau selagi plastik kt tengah tu masih putih dan tiada kesan terbakar. So kena cek spark plug. Klau berminyak - engine dah agak uzur dan kena overhaul sbb piston ring dah haus.
Asap biru kt ekzos jugak adalah tanda piston ring haus i.e minyak hitam terbakar. Ini bukan service biasa. Dah kira major work.
Head gasket -tukat apabila minyak leaking kat area tu atau sekiranya berlaku coolant loss akibat dari blown head gasket. Buat grind valve sekali. Org panggil ni top overhaul.

Biasanya top overhaul tidak diperlukan kpd kenderaan bawah 7 tahun atau 200.000km. Tapi ada jugak yg 7-80,000km/kurang 5 tahun dah kena top overhaul sbb suka lenjan engine. Dok main red line memanjang. Ini pon major work la jugak sikit.

17.Brake pad
 tukar bila haus atau bila rasa brake kurang menggigit. Biasanya kereta 3-4 tahun sekali.
Minyak brake- pun sama. Brake belakang tahan lebih lama dari brake depan biasanya double.

Pada asalnya enjin pembakaran dlm menggunakan camshaft yg diletak dlm blok enjin. Secara standardnya pertukaran timing belt pd setiap 100,000km ikut ketetapan pengeluar Jepun, tetapi Jepun negara bercuaca sederhana sejuk manakala Malaysia bercuaca panas dan mampu mempercepatkan proses wear n rear timing belt yg diperbuat dr adunan getah, plastik & fibre glass. maka dinasihatkan pertukaran dibuat lebih awal iaitu antara 90,000km. Bagi alat ganti timing belt berkualiti rendah, kite perlu tukar lebih awal, maybe 60,000km (tak berapa pasti tentang ni)

Maka moralnya adalah perlu patuhi spesifikasi service & penyelenggaraan pengeluar.
Banyak kenderaan sekarang telah menggunakan timing chain sebagai ganti kepada timing belt. Ini termasuk Nissan, Honda & Toyota.
Ianya tidak memerlukan pertukaran biarpon sudah mencecah 500,000km lantas menjimatkan kos & menjaga alam sekitar. Sekiranya mekanisme rantai mengeluarkan bunyi, hanya perlu tukar tensioner bearing.





Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara