Skip to main content

DIABETIS PART 1

ILMU KESIHATAN


Ramai kata rakyat Malaysia ni MANIS - MANIS belaka. Betul ke??

Kencing manis adalah 10 penyakit pembunuh utama di Msia di samping strok / angin ahmar, tibi & cancer paru-paru.

17 % penduduk Msia hidap Diabetes Mellitus.
 Maka 1 drp 6 rakyat Msia kencing manis

A. Cara mudah camana anda dpt Kencing Manis?

Selepas anda makan, tahap gula darah secara semula jadi akan meningkat. Gula ini akan diserap ke dalam sel badan dengan pertolongan INSULIN.
Gula dalam sel ni di guna sebagai TENAGA untuk kita.

 Tapi jika anda ada Diabetik, gula dalam darah ini TIDAK diserap ke sel badan kita. Maka paras GULA akan TINGGI dalam darah dan gula itu akan dikeluarkan ke KENCING kita. Maka kita dapat le penyakit KENCING MANIS.

B. Bila kencing tu dah manis

semut datang hurung bekas kencing kita. Tu cara zaman dulu nak tau kita ada kencing manis. Tapi sekarang TAK PAYAH TUNGGU SEMUT HURUNG AIR KENCING anda. Kalau le anda ada 1 daripada 10 tanda-tanda dibawah ni, kemungkinan BESAR anda ada kencing manis.....MANIS MELECIEH ...hihihi...boleh buka KILANG GULA!!!

1. Paras gula darah anda tinggi. 
Doktor akan cek darah anda. 
Elok puasa malam tu sebelum cek darah. 
Bacaan Normal dari 3.9-5.5mmol/L atau 70-99mg.

Kalau bacaannya lebih......jaga-jaga le..anda potential nak kena kencing manis. Kalau cek kencing...confirm ada GULA!!

2. Anda akan rasa DAHAGA teramat sangat dan kerap kencing waktu malam.
Bila banyak glukos dalam darah, buah pinggang anda menghilangkan gula tambahan tersebut dengan membuang air kecil beberapa kali pada waktu malam.
 Hal ni membuat anda rasa lebih dahaga. Maka anda akan kerap kencing dan rajin minum air berkole-kole.

3.Berat badan anda turun secara tiba-tiba.
Mula rasa seronok badan gemok gedempol jadi ramping badan. 
Tapi sebenarnya tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 5-6 kg dlm dua atau tiga bulan. 

Ini kerana tiada hormon insulin maka glukos tak masuk ke dalam sel kita untuk tenaga. Maka badan pecahkan lemak badan pada otot sebagai sumber tenaga alternatif. Seluar habis LONGGAR....anda jadi KURUS KERING!!

4.Anda Sentiasa rasa lapar.
Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukos tidak dapat diproses oleh sel badan seperti biasa.
 Badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukos untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.....Anda sentiasa LAPAR.

5.Luka anda lambat sembuh.
Ini tanda klasik kencing manis kerana saluran darah dirosakkan oleh glukos yg berlebihan bergerak dalam saluran arteri. Ini menyukarkan darah untuk sampai ke anggota-anggota dan sel badan yg luka tu....maka luka SLOW nak sembuh.

6.Anda rasa keletihan dan cepat marah.
Kerana usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukos akan membuat anda letih. 
Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga buat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. 
Bila anda letih; anda cepat marah....jadi INCRIDIBLE HULK...panas baran!!

7.Pesakit Diabetik Terdedah kepada jangkitan kulat /fungus pada kulit & faraj. 
Kelenjar peluh tak berfungsi...kulit jadi kering dan bersisik....Aduh gatalnya kulit. Diabetes melemahkan imunisasi anda. Pelbagai penyakit mudah juga dijangkiti.

8.Penglihatan anda jadi kabur.
Bila glukos dalam darah tinggi, lalu masuk ke kanta dan retina mata anda.
 Ia mengubah bentuk kanta dan retina mata, Menyebabkan penglihatan kabur. Ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal.
Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin Anda jadi BUTA.

9. Hujung tangan dan kaki anda rasa KEBAS 
Itu adalah tanda-tanda bahawa saraf anda dirosakkan oleh kencing manis anda yg tak dikontrol.

10. Nafsu SEXUAL terjun merudum. 
DYSFUNSI KELAMIN. Nak tau pasai apa?
Kalau kencing manis tak dikontrol...gula dlm darah tinggi & saluran ke kemaluan amat slow...maka BEBIRD terkulai layu....no POWER.....derita batin. 

Pi le URUT ke, makan Tongkat Ali ke atau apa jenis tongkat.... selagi kencing manis tak dikontrol.... BEBIRD masih KALAH. 
Hormon Jantan...Androgen pun menurun kalau kencing manis tak kontrol.
Bagi wanita keluaran hormon sexual Estrogen menurun. Nafsu nak mesra dgn pasangan amat menurun........
Tapi bila kencing manis kontrol...Line Clear...back to Normal le.!!

CREDIT TO: 
DrRich DrRahim-DAR (fb)

GULA bila NORMAL beri TENAGA. Gula bila terlebih musnahkan kualiti hidup
Masih nak bermanis-manis lagi?
Boleh...tiada masalah...
Guna la Stevia! pemanis alternatif pengganti gula pasir


#####Continue#####

Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...