Skip to main content

DARAH BERBAU BUSUK?



Darah nifas atau darah period yang sihat perlu berbau besi karat. Kalau darah nifas atau darah period anda berbau bangkai, maksudnya dalaman anda tidak sihat.

Antara punca-punca darah berbau bangkai ialah:

1. Sembelit.
- kalau seseorang tu jarang "membuang", kotoran akan terkumpul dalam perut dan menghasilkan air busuk. Air busuk ni akan diserap oleh rahim lalu faraj akan mengeluarkan bau yg tidak menyenangkan.
Sebab tu sbg perempuan, kita kena check bau faraj dengan pantau discharge atau bau yg ada di panties masing-masing.
 Ramai dok kata, eii gelilah.... bagi saya...biar hak kita kita yg geli. Jangan sampai suami yg geli dapat isteri berbau bangkai.
Dan bau busuk ini akan effect pada darah haid dan nifas kita. So pastikan kita selalu buang air besar tiap-tiap hari.

2. Pemakanan.
- bagi yang dok suka sental benda-benda peram...masam-masam...berhati-hati ya. Benda-benda yg diperam ni jika diamalkan secara berlebihan akan effect pada bau darah kita.
Lebih-lebih lagi ada yg masih berpantang ikut cara orang-orang lama dok makan ikan perkasam, ikan masin dan ikan bilis tiap-tiap hari akan beri kesan pada bau darah.

3. Kebersihan
- elakkan pakai pad komersial sebab darah yg bercampur dengan kimia pada pad ini akan menyebabkan faraj senang gatal-gatal merenyam, darah membusuk dan period atau nifas tak lancar.
Pakai pad kain. Tak pun pakai perca kain batik yg dibasuh secara manual. And rajin-rajin tukar pad kain. Jgn tunggu dah berat baru tukar. Ni pad. Bukan pampers ye ibu-ibu.

4. Elakkan krim atau ubat merapat 
- Part ni sangat-sangat penting. Rata-rata produk dipasaran seeemuuaaaa nak raaapat je. Kena ingat ya. Rapat tak semestinya sedap kalau kotor. Ketat tak semestinya enak kalau berbau.
Amalkan ubatan herba yg boleh membantu MERAPI, MEMBERSIHKAN DAN MERAPATKAN rahim. Bukan rapat semata-mata. 

Bila faraj tidak bersih tapi disuruh rapat sana sini, maka masa haid dan nifas akan terbongkarlah segala kotoran terpendam dalam faraj. Sebab tu darah akan berbau busuk bangkai.

5. Amalan kebersihan faraj.
- Buat rendam faraj seminggu sekali atau setiap kali lepas habis nifas dan haid dengan ramuan air sireh dan inai.

Rajin-rajinlah bertangas.
Rajin-rajinlah meruang.
Rajin-rajinlah berendam faraj
Kerapian tempat sulit seorang isteri adalah maruah yg tiada galang ganti. 

Jaga dan hargai.



Repost dari Facebook  Siti Aishah (Kak Bidan Mengurut)

Image result for bunga




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...