Skip to main content

9 KESILAPAN ORANG NAK KURUS SELALU BUAT


1. MALTLAMAT TAK JELAS

Kite nak ke kedai pon ada matlamat kan.. haa lebih kurang camtu jgklah nk kurus..Kenal pasti matlamat nape nak kurus.. 
nak lawo? 
nak mudah beribadat? 
nak jaga kesihatan?

Tetapkan hati kuatkan azam tu..boleh kan..Nak seribu daya 



2. TAK FAHAM PROSES

Ramai org nak diet tapi tak faham proses diet yg dia pilih..

Tak kisahlah diet atkin ke
diet jenis darah ke
diet ikut kalori ke

Apa saja pilihan diet yg anda tgh lakukan atau tengah rancang nak buat, pastikan anda faham proses diet tersebut.

Bagaimana diet tersebut boleh bantu anda turunkan berat badan?Berapa lama anda akan nampak kesan? apa simptom yg anda akan lalui bila amalkannya?

Paling penting
Kenapa anda pilih diet tersebut?

Jangan sesekali pilih cara tersebut kerana ikut ja..


3. SUKA BANDINGKAN DIRI DGN ORANG LAIN

Proses penurunan berat badan kita tak boleh sama sekali bandingkan diri sendiri dgn orang lain..

Contohnya, dia seminggu hilang 10kg.. kita hanya 5 kg..

Ia berbeza mengikut pelbagai faktor.

Ramai org suka bandingkan diri dgn kawan-kawannya, so bila tak sama hasilnya terus give up.

Sedangkan anda patut bandingkan diri anda yg dah berjaya turun berat badan sekarang dgn yg sebelum ini tak turun-turun.

BUAT REKOD supaya anda nampak perbezaan diri..

Perkara yg perlu ada & direkod :
1. Tarikh
2. Berat
3. Ukur lilit
4. Pemakanan
6. Jenis senaman

Rasa-rasa yg dah cuba atau yg sedang cuba nak kurus ni ada buat tak? tak de kan., kalau ada cuma timbang berat je.. ukur lilit tak de buat... ada betul?



4. TAK MAKAN NASI TAPI BANYAK MAKAN ROTI

Berdasarkan pengalaman 

"Dan ia terjadi pada bulan ramadhan di mana biasanya org turun berat badan bulan puasa tapi saya tak turun-turun pun"

"Sedangkan saya makan nasi sikit je bila berbuka tetapi saya makan manisan, spt kuih, makan donut, makan roti banyak keping😭😭"

"Pernah dulu saya tak makan nasi tapi saya makan roti di kedai-kedai bakery yg sedap-sedap tu.. kononnya diet sgt la"

" Padahal kalori sama macam makan nasi tapi nasi lebih kenyang!"

Sebab itu pentingnya pemahaman mengenai diet kita.



5. TAK MINUM AIS TAPI MINUM AIR MANIS

Ramai org kata,"Minum ais buncit la"

Macamana tak buncit.. anda minum air ais manis. Air manis yg tak ok sbb banyak kalori & menggemukkan.

Ada orang yg tak minum ais tapi dia minum air panas contohnya teh o suam, milo suam, sedangkan ia tetap air manis yg ada kalori yg agak tinggi jugak terutama milo.


6. BIARKAN DIRI BERLAPAR

Hoho ini kesilapan paling major..
Proses pembakaran lemak di badan kita memerlukan tenaga.

Bila tenaga digunakan semestinya akan lapar, sebab itu kita di sarankan makan 4 jam sekali. Makan atleast sebiji buah utk badan kita tak terlalu lapar.

Dan risiko bila kita lapar, maka kita akan makan dgn cepat & banyak sekaligus. Nafsu pon sukar control bila tetiba lapar. Dan lemak pun tak boleh dibakar.


7.SARAPAN PAGI SALAH

Roti canai semua tau dlm kategori breakfast yg tak bagus kan....Tapi.. yg saya nak kongsikan adalah yg banyak orang ingat tak bagus tapi itulah yang sebaliknya..

Antaranya... bijiran dgn susu manis full cream tu ha.. kalori tinggi & cepat lapar tau..Selain tu biskut cicah air pon tak berapa bagus bila diet

Dan biskut oat yg kononnya sihat tu pon tak berapa bagus.

Sarapan pagi elok tinggi protein supaya kita kenyang lama..
contoh, telur .


8. EXERCISE YANG SALAH

Dari dulu saya pelik kenapa kalau nak kurus je mesti orang suruh jogging.

Jogging antara senaman tetapi jika kita nak fokus pada pembakaran lemak pada part part tertentu lebih baik kita fokus pada senaman cardio & workout yg specific.

Kenal pasti apa senaman yg boleh dibuat dalam masa yg pendek tetapi pembakaran lemak yg tinggi.

Jogging bukan tidak bagus, tapi ramai jogging tak berpeluh pon siap selfie je yg lebih 😝Paling mudah, type je dekat youtube senaman apa yg sesuai & follow..

Senaman tak perlu setiap hari. Paling rajin pon selang sehari, mula-mula je rasa sakit & tak selesa tetapi lepas tu badan akan biasa.

Ohh pleasee jgn kata buat kerja rumah juga senaman. Kurang tepat. Kata nak bg certain part kempis & berbentuk 😌😌


9. MENGHARAP SEPENUHNYA PADA PRODUK

HoHoHo...
Walaupun saya jual produk kurus tapi saya SANGAT SANGAT nak tekankan di sini ye..

Apa pun produk kurus yg anda guna, ia hanya MEMBANTU mempercepatkan proses penurunan berat anda SAHAJA.

Ramai orang bila beli produk kurus mengharapkan boleh makan apa saje & malasssss bebenooo exercise 😡

Yee.., memang boleh lost weight jugak tapi persoalannya sampai bila anda nak terus bergantung pd produk setiap kali berat naik?

Kena faham punca berat naik kenapa, so bila dah stop mkn produk kurus, hendaklah elakkan punca2-punca tu sekali lagi.

Faham?

Saya nak anda set dlm diri produk hanya membantu.

Apa sekalipun anda kena jugalah berusaha amalkan gaya hidup yg sihat ye..

Kesihatan..
Tubuh badan..
Anugerah terindah yg Allah beri..
Jaga sebaiknya amanah ini ye sahabat semua

Berminat nak kurus dgn GULA GULA KURUS?

Boleh whatsapp saya di

 0139481917

Semoga apa yg saya share ini memberi manafaat pd semua serta menjadi tabung akhirat saya nnti.




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...