Skip to main content

JANGAN LEMAHKAN SISTEM IMUN ANDA DGN GULA!


Menurut Perkhidmatan Kesihatan di Universiti Columbia, apabila anda makan 100 gram gula, sel-sel darah putih anda menjadi kurang berkesan sebanyak 40% untuk membunuh kuman. Keadaan ini berlaku sehingga 5 jam selepas anda makan gula!

Kenapa demikian? 

Gula dalam sel-sel darah putih kita sentiasa bersaing dengan Vitamin C untuk mendapatkan ruang dalam sel-sel darah tersebut.

 Dr. Linus Pauling (1970-an pemenang dua Nobel Price dan mendapat gelaran 20 Saintis Terhebat Sepanjang Zaman pada tahun 2000) menjelaskan bahawa sel-sel darah putih memerlukan Vitamin C untuk memusnahkan bakteria dan virus. Gula dan Vitamin C adalah sama struktur kimianya. Jadi, apabila anda makan gula, ia secara langsung bersaing untuk mendapatkan ruang dalam sel-sel imun (sel darah putih) anda dengan Vitamin C.
 Bila anda mengambil gula lebih daripada Vitamin C, maka gulalah yang akan menempati ruang di dalam sel-sel darah putih anda. 

Malangnya Gula TIDAK membantu sistem imun anda menentang jangkitan sama sekali. Ini akan menyebabkan pertahanan tubuh anda terhadap jangkitan menjadi lemah.

Sebab itu, mereka yang menghidapi kencing manis, secara tidak langsung keupayaannya menentang jangkitan kuman akan menjadi kurang. Luka yang sedikit menjadi besar dan melarat. Bagi mereka yang mengambil makanan atau minuman yang bergula, mereka telah terdedah kepada jangkitan kuman selama 5 jam.. apatah lagi kepada sesiapa yang telah menghidapi penyakit seperti kencing manis, orang yang telah sedia lemah kerana penyakit, tua, ataupun kanak-kanak, pengambilan gula menjadi semakin membahayakan kesihatan dan membuka ruang kepada jangkitan virus dan bakteria.

Justeru, jalan singkat yang terbaik ialah… TINGGALKAN GULA. 

Bertukarlah kepada alternatif pemanis yang lebih sihat dan amalkan pengambilan Vitamin C atau memakan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar. 

Jangan kerana gula kesihatan anda menjadi mangsa…


Stevia pemanis alternatif bagi menggantikan gula dlm diet seharian anda

sms/whatsapp 0139481917


Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...