Skip to main content

PUNCA BERAT BADAN NAIK


PUNCA KENAIKAN BERAT BADAN

💤TIDUR

++ Tidur lewat malam menyebabkan badan cepat naik

Kenapa ? 

Tuhan telah jadikan manusia ada jam dalam badan, dimana apabila sampai waktu malam, kita mula terasa mengantuk. Ini kerana wujudnya hormone melatonin. Hormone ini akan wujud pada suasana gelap. 

Apa kerja melatonin?

- Kerja dia adalah sebagai tukang cuci dalam badan. Bermaksud mencuci toksik dalam badan semasa tidur
- Kerja dia memberi kesuburan terutama para wanita (sangat membantu untuk hamil- reproductive produces) 
- Kerja dia membantu baiki sel sel rosak.

Bila hormone ni keluar dalam badan? 

Bermula jam 9.00 malam. Hihihi tukang cuci bersedia untuk bertugas....

Maksud tidur lewat? 

Ialah melebihi jam 11.00 malam

Apabila tidur lewat, apa akan terjadi?

++ Maka tukang cuci tak boleh nak bantu kita utk keluarkan toksik dalam badan. Bayangkan tiap-tiap malam kita tak mencuci apa akan jadi, pastinya dalam badan banyak toksik, maka jadi lah kita sedang mengumpul lemak dan toksik dengan tak sengaja.....

Ibarat kalau enjin kereta tak ditukar minyak hitam, apa akan terjadi pada kereta kita. Hihihi... Jawapan tu kita semua boleh jawab kan.

++ Lewat tidur akan menyebabkan sel-sel dalam badan tidak diganti dengan sel-sel baru, Maka kita jadi letih, cepat lapar. Kalau dah letih dan lapar, apa lagi tentu lah kita makan dengan banyak.. Ermmm

++ Lewat tidur menjadikan jam dalam badan dah tak betul connection dia. Ada beberapa hormone dalam badan mula terganggu. Antara hormone terlibat adalah hormone leptin (mengawal kita jadi kenyang), hormone ghrelin (mengawal kita jadi lapar).

++ Jadi untuk membetulkan semula jam dalam badan kita perlulah mandapatkan waktu tidur yang konsisten setiap hari tapi jangan terlebih jam tidur pulak ye. 

Semoga bermanfaat untuk kita semua.


Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...