Skip to main content

TIPS CERAHKAN KULIT WAJAH DI MALAM HARI


1. Madu
Madu bertindak sebagai agen pemutih dan pelembap kulit. Selain itu ia juga sebagai antibakteria. Cara paling mudah mendapatkan kulit cerah adalah mengoleskan madu pada wajah, biarkan selama 5 minit sebelum dicuci dengan air suam.
.
2. Betik
Menggosok sepotong betik pada wajah dan mencucinya setelah 2-3 minit juga dapat membantu mencerahkan wajah.
.
3. Lemon
Siapa yang tak tahu lemon bermanfaat untuk mencerahkan kulit? Caranya mudah, oles hirisan lemon pada kulit dan bilas setelah 5 minit.
.
4. Timun
Selain untuk menyegarkan mata, hirisan timun yang ditempelkan pada wajah selama beberapa minit juga dapat menyihatkan kulit bahagian ini.
.
5. Kunyit
Antiseptik dan antibakteria yang baik terdapat dalam kunyit, sebab itu masker kunyit baik untuk mencerahkan wajah. Caranya, campurkan susu dengan kunyit terlebih dahulu, kemudian oles pada wajah dan bilas setelah 10 minit. Tapi sekarang masker dari kunyit dah ada di pasaran.
.
6. Aloe Vera
Jika anda memiliki warna kulit tak sekata, (kulit berbelang), gel aloe vera boleh menjadi cara yang baik untuk memberi tona yang lebih sekata.
.
7. Limau
Vitamin C yang terdapat dalam limau amat penting untuk menjaga kesihatan kulit. Selain itu, limau juga boleh menjadi agen pencerah kulit jika dicampurkan setengah cawan air limau dan setengah sudu teh kunyit. Biarkan kering pada wajah sebelum dibilas. 
.
Mudah saja tip ini kan. Selamat mencuba
.
Sumber: www.boldsky.com




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...