Skip to main content

ANDA ADA DARAH TINGGI?

Anda ada darah tinggi tak? 

Apa tu DARAH TINGGI? 

Mengapa setengah daripada kita kena darah tinggi tapi setengah ok je?

Kalau anda sakit kepala atau pening & tegang urat tengkok, cek tekanan darah anda, berkemungkinan besar anda ada DARAH TINGGI!!

A. Penyakit tekanan darah tinggi/ hipertensi, adalah tekanan darah sistolik pd 140mmHg atau lebih dan/atau tekanan darah diastolik pd 90 mmHg atau lebih secara berterusan.

Tekanan darah sistolik iaitu tekanan dlm arteri (pembuluh darah) ketika jantung mengepam darah melaluinya. Tekanan darah diastolik merupakan tekanan dlm arteri ketika jantung berehat antara setiap degupan.

B.Pada 2011 dapati hampir SEPARUH daripada rakyat Malaysia yg umur 30 tahun ke atas & hampir SATU PERTIGA umur atas 18 tahun ada penyakit tekanan darah tinggi.

C.Penyakit tekanan darah tinggi tak boleh ditangani dengan ubat-ubatan sahaja. Ia kena buat perubahan ke arah gaya hidup sihat seperti mengurangkan berat badan, mengurangkan garam & minyak(goreng) dlm makanan, menjauhi alkohol, bersenam supaya peluh masin keluar drp badan & amalkan diet yg seimbang.

D. Penyakit tekanan darah tinggi kalau tak dikawal baik boleh menyebabkan komplikasi spt serangan jantung, kegagalan jantung, angin ahmar atau strok (perdarahan otak) & kegagalan buah pinggang.

E. Rawatan tekanan darah tinggi terbaik dgn ubat anti-hipertensi spt drp group ACEIs, ARBs, CCBs, diuretik dan beta-blockers.

35% rakyat Malaysia capai kawalan tekanan darah bawah 140/90 mmHg semasa rawatan.

Jenis ubat anti-hipertensi perlu ditukar atau kerana jika pesakit tidak mengambil dos yg betul atau ponteng drp ambil ubat.
 Ada segelintir pesakit lebih suka mencuba perubatan alternatif dgn “ubatan” tak berdaftar yg lebih banyak mudarat drp mujarabnya.


Credit to:
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
Bayan Lepas. Penang.
04-6444181




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...