Skip to main content

KENAPA MAKAN UBAT KURUS JADI CIRIT BIRIT DAN BERDEBAR-DEBAR?




Kebanyakan pil-pil diet di pasaran mempunyai dua kaedah, sama ada pil yang mengandungi bahan terlarang silbuteramine, atau yang menyebabkan kita membuang air besar secara kerap.

Silbuteramine adalah bahan yang menyebabkan selera kita berkurangan, dalam masa yang sama akan menyebabkan tekanan darah meningkat, degupan jantung laju, berpeluh kuat, mudah marah, dan sukar tidur. Kesan sampingannya sangat besar, selalunya menyebabkan pengguna mengalami penyakit darah tinggi, diabetis, kerosakan hati dan kerosakan ginjal.

Sementara produk pelangsing yang menyebabkan kita buang air besar kerap pula, mungkin mengandungi bahan dulcolax. Bahan ini hanya menyebabkan kita dehidrasi, menyebabkan kita kehilangan antara 3-5 kilogram berat badan, dan tidak lebih dari itu. Selalunya pengguna tidak tahan menggunakan produk ini kerana ia menyebabkan sakit perut yang keterlaluan dan apabila ke tandas, tiada apa yang boleh dibuangkan.

Produk pelangsing yang kononnya berasaskan herba, tetapi sebenarnya dicampurkan bahan terlarang, terutamanya silbuteramine, kerana kesannya yang agak cepat.

Jadi untuk menentukan sama ada produk itu mempunyai bahan berbahaya atau tidak, kita merasakan kesan sampingannya. Jika selepas menggunakannya, kita akan berasa berdebar-debar, panas badan dan sukar tidur, mungkin ia mengandungi bahan silbuteramine. Jika kita mengalami cirit-birit, mungkin produk itu mengandungi bahan dulcolax.

credit : Dr Zubaidi Hj Ahmad



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...