Skip to main content

JENIS-JENIS OLIVE OIL DI PASARAN

Pernah nampak kan kat pasaraya ada bermacam-macam jenis olive oil. Extra virgin, virgin, pure, light, pomace dan fino.

Kita ni nak beli pon duk terbelek-beleklah kot boleh membantu. Hampehhh. Konon nak masak guna minyak zaitun. Nak amal masakan sihat katanya,  pilihlah yang paling mahal tapi rupanya silap dalam betul. haha.

Ok di sini ada sedikit info ringkas yang boleh dijadikan panduan.Jangan tersilap beli ye. Saya susun ikut ranking. Yang pertama adalah gred tertinggi dan seterusnya.

JENIS-JENIS MINYAK ZAITUN DAN FUNGSINYA :


1. EXTRA VIRGIN OLIVE OIL.
Sesuai utk dressing salad dan boleh dimakan gitu aje sebagai supplement. Lebih berkhasiat, lebih berkualiti dan semestinya harganya lebih mahal.

Cara simpan, jauhkan dari cahaya matahari dan simpan kat tempat gelap. Sebaiknya beli yang dalam botol gelap untuk menjaga kualiti dan khasiatnya.



2. VIRGIN OLIVE OIL
Boleh digunakan untuk masak dan dressing pada salad.

Kiranya tak perlulah beli asing-asing. Lebih praktikal dan jimat.


3. FINO OLIVE OIL
Ini adalah hasil campuran extra olive oil dengan virgin olive oil. Boleh diguna untuk memasak dan dressing salad juga.


4.  OLIVE OIL / PURE OLIVE OIL.
Kalau nak main masak-masak guna olive oil/pure olive oil. Minyak ni tahan haba panas oleh itu sangat sesuai untuk kegunaan memasak.

Warnanya lagi cerah dan rasanya pon natural. Tak de rasa pahit buah zaitun


5. POMACE OLIVE OIL
Ini adalah gred paling rendah. Kira kata minyak yg dah tersisa nak dibuang terasa sayang, pastu mereka adjust campur dengan virgin olive oil supaya rasanya jadi sedap haa gitulah kekdahnya.

Sesuai untuk memasak guna suhu tinggi seperti menggoreng.

Selamat memasak.😊

Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...