Skip to main content

MINYAK RAMBUT TERBAIK DI WATSON

Siapa sini suka pergi Watson?

Watson ni kira macam terapi sesetengah orang perempuan kan. Jadi tempat cuci mata.

Ok, yang kaki suka pergi Watson..uolls tentu ada nampak produk Naturals by Watson. Kali ni saya nak gosip tentang minyak rambut by Naturals ni. Ada 3 jenis Marola oil, Olive oil dan argan oil.
Dan saya dah cuba ketiga-tiga jenis ini.

Ternyata memang best! yang paling kesukaan saya ialah Marola oil diikuti olive oil.

Kesemua minyak ni tak meninggalkan kesan minyak, dan baunya pon sedap. Lunurlah banyak mana..memang tak berminyak. So kalau bawak tidor malam tak bimbang kena kulit muka. Dan tak lah mengganggu hidung cik abam sebelah.

Marola oil ni fungsinya untuk protecting rambut. Rambut jadi lembut dan nampak berseri. Minyak ni berbau harum sedikit.

Olive oil ni sesuai sangat untuk rambut kering. Recommended. Sebab rambut saya jenis kering. Macam-macam minyak dah guna kecuali minyak masak, petrol, minyak tanah hatta minyak senyoyong. Tak berhasil.

Argan oil utk memyuburkan rambut yg rosak.

Sekarang ni saya guna Marola oil waktu siang, dan olive oil utk malam. Kadang saya campur.

Hasilnya, rambut bersinar nampak sihat. Kulit kepala tak gatal. Dan saya cuma guna syampoo biasa je.

Harga, sorrii lupa tapi mampu milik sangat. 100ml. Tahan lama. Sebulan lebih gitulah, ikut panjang mana rambut dan cara kegunaan.

Comments

  1. tq for sharing this...boleh gi watson, jom...

    ReplyDelete
  2. mcmne nk gne argan air conditioner tuu..,

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

KUIH TRADISIONAL MELAYU

Banggakan... kita ni ada banyak jenis kuih tradisional... bermacam bentuk bermacam kaler...bermacam nama...unik-unik pulak tu namanya...bangsa lain rasanya tak punya nama seunik nama kuih muih kita... ada kot... Cuba korang bayangkanlah korang duduk obersea....pastu nak perkenalkan kuih muih kita ni...tempat dorang mana ada kan...dan dorang ni kalau benda yang pelik & lain dari yang lain memang dorang suka...jadi korang bukaklah satu gerai makan menjual kuih muih  tradisional kita ni... Dengan penuh semangat & punyalah bangga korang siapkan kuih muih untuk diperkenalkan pada mat saleh minah saleh...homemade with love pulak tu... Lepas dah siap-siapkan semua tu...korang pon susunlah cantik-cantik bagi menarik perhatian mat minah saleh semua tu... Punyalah hepi korang, berbaris panjang dorang beratur sebab jakun tengok aneka kuih yg tak da di tempat dorang kan... Bread Pitt : Hello Miss... what is this? Korang    : Hi sir...this is...  jump ...