Skip to main content

TIP PILIH WARNA PAKAIAN MENGIKUT WARNA KULIT.


Perasan tak, bila beli pakaian kita berkenan sangat dengan warnanya tapi bila kita cuba kita rasa macam ada yang tak kena, rasa tak cantik rasa tak menyerlah.

Dan perasan tak, kadang kita lihat seseorang tu tak lah bergaya sangat, tak lah ayu sangat, pakaian pun bukanlah berjenama mewah tapi mata kita suka memandang.

Pakai susuk barangkali. haha.

Sebenarnya warna yang nampak cantik di mata kita adakalanya  tak sesuai dengan diri kita. Buat kita jadi tenggelam.

Jejom kita lihat warna apakah yang sesuai dengan warna kulit kita!

1. Warna kulit gelap
Pilih warna-warna primer akan membuatkan warna kulit anda lebih menonjol seperti putih, biru lembut, merah, pink tua dan kuning lemon.

Untuk nampak lebih cerah pilih warna krim dan coklat muda.

Hindari warna coklat gelap, turqoise, hitam, hijau daun, kuning lembut, mauve, rose dan pastel lembut. Warna-warna ini akan membuatkan warna kulit anda lebih kusam.

2. Kulit sawo matang
Sangat disarankan memilih warna-warna terang seperti jingga, kuning, hijau, silver, pink, burgundy, navy dan gold.

Warna krim dan coklat muda akan membuatkan warna kulit anda terlihat lebih chic.

Jika ingin menggunakan warna gelap, padankan dengan warna-warna lebih terang agar terlihat lebih kontras.

Hindarkan warna olive, merah, coklat gelap, hijau lumut, biru tua dan merah bata. Warna-warna ini akan membuat warna kulit lebih kusam.

3. Warna kuning langsat.
Untuk nampak semakin menarik pilih warna hijau, merah dan biru.

Untuk kelihatan lebih kasual pilih warna kuning dan jingga.

Hindari warna-warna keemasan seperti  karamel, coklat dan oren.

4. Warna putih
Banyak warna yang boleh dikenakan. Lebih lagi warna terang dan batik lebih menyerlahkan warna kulit.

Warna hitam dan pastel memberi warna elegan pada kulit.

Hindarkan warna purple, merah, oren dan kuning.

Pilihan warna pakaian yang lebih tepat akan membuatkan warna kulit dan penampilan anda lebih menyerlah.

Ok, jangan tersilap pilih warna lagi ye.

Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...