Skip to main content

CARA MENCUCI MUKA DENGAN BETUL.

Tanpa sedar  kita sering tersilap semasa menjaga muka.

Kesilapan 1 :
Cuci muka terlalu kerap.

Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:
1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci.
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat .

Kesilapan 2 :
Gosok muka terlalu kuat.
Ramai yang ingat bahagian yg ada jerawat atau bermasalah apatah lagi berjeragat kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kira dilarang mengosok kulit terlalu kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan mencederakan kulit dari dalam.

Kesilapan 3 :
Skrub muka terlalu kerap.
Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal. Cukup sekadar seminggu sekali.

Kesilapan 4 :
Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka.
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat. Oleh itu cuci muka setelah siap mandi.

Kesilapan 5 :
Biar peluh kering sendiri tanpa dilap.
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mengandungi kotoran bersamanya.

Kesilapan 6 :
Berkongsi tuala badan dan tuala muka.
Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan. Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.

Semoga bermanfaat šŸ˜



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara...