Skip to main content

KULIT MUKA ROSAK?

PURGING VS BREAKOUT

Pernahkah uolls cuba produk penjagaan kulit yang baru, kemudian naik jerawat di muka?

Panik kan.
Frust! lebih lagi kalau produk tu mahal.

Apa yang korang fikir?
Produk tak sesuai?

Ada 2 perkara yang mungkin berlaku. Kat sini uolls kena faham betul-betul diri sendiri.
Sama ada kulit uolls sedang purging atau breakout.

Purging? Apa ke benda tu?
Silalah baca sampai habis.

Ok, bagaimana untuk menentukan sama ada kulit anda sedang purging atau memang benar-benar breakout?
Dan bilakah waktunya anda patut menghentikan penggunaan produk tersebut?

Jom saya  terangkan situasi sebenar apa yang kulit uolls sedang alami.

.

PURGING
=========

Satu hari, anda diperkenalkan dengan produk baru. Anda pun dengan perasaan sangat teruja, mula menggunakan produk tersebut. Kemudian, tiba-tiba berlaku purging.

Purging adalah satu keadaan di mana apabila kulit anda sedang beradaptasi dengan produk baru yang mempunyai BAHAN AKTIF di dalamnya. Bahan aktif ini mempercepatkan proses pembaharuan kulit lalu bertindak ‘menendang’ semua kotoran dan sel kulit mati yang sudah sekian lama bersembunyi di dalam kulit. Lalu, ia muncul sebagai biji-biji jerawat halus.

Kulit anda kemungkinan akan purging jika produk itu mengandungi :

1. Hydroxy Acids ( asid glikolik, gluconolactone, asid lactic, lactobionic, asid malic, asid mandelic dan asid salicylic )

2. Retinoid ( adapalene, isotretinoin, retinol, retinyl palmitate, tazarotene, tretinoin) - ini antara ubat yang digunakan di dalam rawatan jerawat kronik.

3. Produk yang mengandungi kepekatan tinggi vitamin C seperti serum.

4. Exfoliant.

5. Benzoyl peroxide.

Purging akan naik di tempat yang jerawat anda SELALU NAIK. Kalau di dagu, memang dagulah lokasi purging akan berlaku.

Jadi, andai kata anda sedang menggunakan vitamin C Serum, dan tiba-tiba naik whiteheads, small zits atau jerawat halus, dan ia naik di tempat yang memang lazim jerawat selalu naik, kemungkinan besar itu adalah PURGING.

Namun, tak semua orang mengalami purging ini.

Jika berlaku purging, apakah yang patut di lakukan ?

Saranan saya :

• Teruskan penggunaan produk tersebut seperti biasa namun kurangkan kuantitinya.
• Jika pakai serum, kurangkan titisan serum.
• Jika pakai esen, kurangkan penggunaan esen.
• Mengurangkan kekerapan penggunaan produk kepada 1 hari sekali saja iaitu pada waktu malam, atau pakai selang 2-3 hari juga adalah satu cara  untuk memberi masa pada kulit anda beradaptasi pada bahan aktif di dalam produk.

Tempoh masa yang di ambil untuk purging betul-betul hilang ialah 4 minggu.
Sesetengah orang mungkin lebih.

Selepas itu, kulit anda akan lebih bersih dan licin apabila semua sel kulit mati sudah pun ditanggalkan dengan efektif dan transformasi kulit yang lebih sihat akan bermula.

Inilah purging.

.

BREAKOUT
==========

Bagaimana pula nak tahu kulit yang memang betul-betul breakout?

1. Breakout ialah reaksi kulit akibat liang pori yang tersumbat, alergi atau iritasi akibat bahan di dalam produk.

2. Jika produk penjagaan kulit anda TIDAK mengandungi salah satu bahan yang saya nyatakan di atas di mana ia tidak mengandungi sebarang bahan yang boleh mempercepatkan proses pembaharuan kulit. Produk tersebut juga mungkin mengandungi bahan-bahan yang comedogenic iaitu bahan yang boleh menyumbatkan liang pori.

3. Jika jerawat itu muncul di kawasan-kawasan yang tak pernah dinaiki jerawat sebelum ini, jelas ada sesuatu bahan di dalam produk kulit anda yang skin anda tak boleh tolerate.

4. Jika jerawat itu muncul sudah berbulan-bulan lamanya diikuti pakej bengkak dan nanah serta tidak menunjukkan tanda untuk surut.

Jadi, saranan saya apabila keadaan ini berlaku,  hentikanlah penggunaan produk tersebut serta-merta kerana ia adalah BREAKOUT.

Segeralah dapatkan rawatan yang tepat untuk merawat breakout sebelum kulit anda menjadi lebih teruk.


Jangan keliru dan termakan dakyah-dakyah yang meragukan.






Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

CARA UNTUK MENAIKKAN PERANAKAN TURUN

Tu ari saya ada janji nak tunjukkan sesuatu kan... maaflah lambat... nak stori pasal masalah yang sering dihadapi oleh kaum-kaum kita...terutama pada yang dah berkahwin dan yang dah melahirkan... sedikit sebanyak semua orang akan mengalaminya...samada disedari atau tidak...bergantung pada tahap mana masalah yang dihadapi... Rahim jatuh atau dikenali sebagai prolaps  boleh berlaku dalam pelbagai peringkat. Pada peringkat awal, rahim hanya jatuh sedikit daripada kedudukan biasa (yang ni memang ramai tak perasan)... peringkat kedua apabila rahim jatuh sampai ke permukaan faraj (tahap ni akan ada rasa beberapa kesan sampingan dan tanda-tanda)...manakala peringkat ketiga, keadaan yang sangat teruk iaitu apabila keseluruhan rahim terkeluar daripada saluran vagina dan permukaan. Ini dipanggil tombong. Itu sebab lah org tua dulu berpesan perempuan tak elok angkat benda yang berat-berat... hati-hati ye..jangan nak tunjuk terer sangat...kite org perempuan..kudrat tak kuat mana...mu...