Skip to main content

TIPS BANYAKKAN SUSU BADAN.



Adakah berpantang menyebabkan susu badan sedikit?

Mana datangnya zat dalam badan jika anda mengamalkan berpantang keterlaluan hanya dengan makan nasi putih, ikan kering dan air minum bercatu!

Zat dalam badan tak ada, maka tidak dapat hasilkan susu yang melimpah ruah.

Kesannya, baby yang jadi mangsa. Diberi minum air kanji sebab susu sikit.

Ibu berpantang dan menyusu perlukan cukup gabungan serat, kalsium, protein, karbo dan vitamin-vitamin lain. Bila semua ini dapat dipenuhi, susu yang dihasilkan juga lebih berkualiti.

Berpantang itu tidak salah, tetapi harus pilih makanan yang tidak memudaratkan pada diri ibu itu sendiri. Baik masa sekarang mahupun masa akan datang.

Jika makan buah orang kata tak boleh sebab sejuk, pilihlah buah epal atau limau manis. Jika makan sayur seperti kangkung tak boleh sebab sejuk, ada banyak pilihan sayuran lain. Begitu juga minum air, minum sikit-sikit bukan bercatu terus.

APA YANG IBU BERPANTANG DAN MENYUSU PERLUKAN?

1. KALSIUM

Kebanyakkan ibu tak dapat kalsium yg mencukupi melalui pemakanan. Kekurangan kalsium boleh menyebabkan rasa ngilu pada gigi, ngilu pada tulang dan sendi.

1,200 mg kalsium diperlukan setiap hari.

2. PROTEIN

65 g sehari diperlukan. Pakar pemakanan memyatakan 10% - 15% kalori perlu datang dari protein DAN ibu yang menyusu perlukan tambahan protein antara 12g - 15g kalori protein sehari.

3. ZAT BESI

RDA menyatakan zat besi yg dperlu diambil sebanyak 15mg sehari.

TAHUKAH ANDA?

1. protein mudah musnah dalam suhu tinggi. Bila dimasak hanya tinggal beberapa peratus sahaja yang ada. Sebab itu ibu-ibu perlukan protein tambahan.

ESP merupakan protein dari sumber tumbuhan yang sangat membantu falam menghasilkan susu yg berkualiti dan banyak.


2. Pil kalsium perlu diambil sekali dengan magnesium untuk mengekalkan kalsium dalam badan.

Kalsium diibarat seperti batu bata, manakala magnesium adalah simen yang melekatkan antara satu sama lain. Begitulah fungsi magnesium yang melekatkan kalsium pada tulang.

Magnesium juga membantu melembutkan najis. Tiada lagi masalah sembelit yang memjadi fobia pada ibu-ibu dalam berpantang.


3. Alfalfa kaya dengan pelbagai vitamin dan khasiat. Ia merupakan raja segala tumbuhan herba.

Ianya kaya dengan protein, asid amino, klorofil, serat, 15 zat galian, 10 jenis vitamin, 8 enzim dan fitokimia. Antaranya vitamin A,E,C B6,B1, magnesium, kalsium, zink, iron, fosforus, potasium. Semua ini sangat-sangat diperlukan. 10 biji alfalfa menyedialan nutrisi menyamai 1 gelas susu.



Jangan berpantang sampai tak masuk akal ye. Luka pun jadi lambat sembuh.

Saya doakan anda dan baby anda diberi kesihatan yang baik. ❤


Boleh hubungi saya,
Kak Rai
0139481917

Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...