Skip to main content

ADAKAH SPF LEBIH TINGGI ADALAH LEBIH BAIK?


KORANG RASA SEMAKIN TINGGI SPF SEMAKIN BAIK KE?

Sunblock ini mengandungi titanium dioxide. Memang ia boleh halang pancaran UV tetapi bahan ini adalah berbahaya. Dan ada banyak lagi bahan yang berbahaya terkandung di dalamnya.

Tahukah anda dalam cat rumah pun ada titanium dioxide ni. Titaniun dioxide ini akan melindungi cat dari pudar, kusam dek panahan terik matahari.

Penggunaan bahan yang ada titanium dioxide dalam tempoh yang panjang dan banyak boleh menyebabkan organ manusia berisiko dengan penyakit seperti cancer.

Beza pada SPF cuma jangkamasa sahaja, kekuatan adalah lebih kurang sama. Jadi tak perlu rosakkan kulit dengan penggunaan SPF yg terlalu tinggi.

Setiap warna kulit adalah berbeza pertahanannya terhadap sinaran uv. Kulit cerah bertahan selama 10 minit di bawah sinaran matahari. Kulit kuning langsat dalam 15 minit. Kulit sawo matang dalam 20 minit. Semakin gelap warna kulit semakin kuat daya tahanannya terhadap sinar uv. Ini kerana melanin dalam kulit itu sendiri juga berfungsi utk menahan serangan matahari. Sebab itu jangan ubah warna kulit anda. 😃

Untuk yang melakukan aktiviti air, perlu lebih kerap menyapu sunblock kerana ianya hilang selepas terkena air. Tiada kajian mengatakan sunblock ada kreteria waterproof.

SPF 15 bermaksud 93% sunblock itu dapat melindungi. SPF 30 pula adalah 96% perlindungan dari UV.

Contoh mereka yg berkulit putih memggunakan SPF15 hanya bertahan selama 150 minit. Mereka yg berkulit sawo matang bertahan selama 300 minit.

Untuk mereka yg kurang terdedah pada sinaran matahari, anggaran masa kurang 4 jam, SPF 15 sudah memadai.

Jika anda terdedah terlalu lama pada sinaran matahari SPF 30 sudah memadai, melainkan anda seorang yg putih melepak gila barulah anda memerlukan SPF50.

Gunakan sunblock ikut keperluan dan kesesuaian. Jangan bahayakan kesihatan anda.

Sunblock jenis krim juga tak bagus untuk kulit, sebab molekul krim sangat besar, ia akan menyumbatkan liang pori.

Cara yang selamat untuk kita lindungi kulit ialah dengan menyapu sejenis light oil yang sesuai untuk melindung kulit dari UV seperti minyak vitamin E dan consume vitamin E untuk perlindungan UV dari dalam.

Zuraidah Jumaat (Raizura)
#RaiBeautiqueMobileSpa
#TWB_BeautySpaTherapist


Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...