Skip to main content

PENGALAMAN SAYA BERSAMA VITAMIN C

PENGALAMAN SAYA BERSAMA VITAMIN C SUPER
---------------------------------------------------------------------------------

 Saya mula mengenali vitamin C sejak kecil..namun mula menjalinkan hubungan rapat sejak 8 tahun lepas. Masa tu saya join konferens kesihatan. Speaker luar negara cerita dengan detail keajaiban vitamin C ni.. Pengalaman saya yang mahal pada saya ni saya nak kongsi supaya dapat manfaat pada semua.
.

Vitamin C ialah vitamin hebat dan serbaguna yang sokmo dipandang rendah. Lepas saya kaji dalam, Fahami dan alami sendiri vitamin C yang berkualiti, teknik pengambilan yang betul, do's and donts, hidup saya sekeluarga berubah. Kemudian kita cerita.

.

RESDUNG DAN SEMPUT
-------------------------------------
Bila saya mula guna vitamin C..Resdung saya yang berpuluh tahun saya hadap pagi-pagi...dalam masa beberapa hari saja hilang! Takjub betul. Awal-awal guna vitamin C, memang jadi makin teruk..Tak sedar masa tu disebabkan vitamin C jadi saya teruskan. Sekarang saya bersin atau gatal hidung cuma bila kena jangkitan kuman atau stres. Itu pun cepat-cepat saya capai vitamin C.
.

Anak saya dulu masa kecik selalu kena bronchiolitis. Pernah 2-3 kali masuk wad dan kerap pi emergency masa kecik.Lepas amalkan vitamin C memang main bola pun takde masalah.

Makanan gluten kami dah tak amalkan lagi makan. Cuma bila nampak ada reaksi stres dan radang..cepat-cepat ambil vitamin C alhamdulillah surut.

.

JANGKITAN KUMAN
------------------------------
Saya dan keluarga kadang-kadang lupa antibiotik. Bila tekak mula gatal, capai dulu vitamin C. Kalau demam lebih 3 hari tak kebah..baru pertimbang guna antibiotik.

Dulu saya ingat, vitamin C ni untuk pencegahan dan kuatkan imuniti je..Rupanya superrbbb bila tengah sakit. FIrst time saya beri anak saya umur 3 tahun  dos tinggi vitamin C, sel darah putih daripada 16 turun kepada 5 tak sampai 3 jam. Tapi ni buat bawah pengawasan doktor ye. Tak sangka cepat gitu kesannya.

Tapi lepas dah experience banyak kes, tak semua cepat dan ada banyak faktor yang kena ejas untuk dapat kesan sama..Sebab badan manusia ni berbeza.
.

IMUNITI BADAN
--------------------------

Bila dah ambil vitamin C, saya tak risau lagi anak-anak saya pergi sekolah..jarang betul dapat jangkitan kuman. Keluarga kali ada kondisi histamin, jadi dulu sangat mudah kena infection. Hampir tiap-tiap minggu demam dan alah. Mula lah berkahak, semput dan nafas jadi busuk. Syukur sekarang dah hampir takde masalah jangkitan ni.

.

KULIT
-----------

Saya tak percaya dulu vitamin C cantikkan kulit. Bila belajar perubatan estetik baru saya faham kenapa. Sekarang saya faham kenapa stres je kedut tepi mulut dan bawah mata jadi jelas.Umur awal 20an, saya ada kedut tepi mulut yang dalam..sekarang dah kurang banyak sebab amalan vitamin C. Kulit dah tak kusam lagi..Ramai tegur rahsia glowing juga hehe.. Bila rajin guna vitamin C jadi glowing sokmo hehe.

Kulit orang ada resdung, asma atau apa-apa alahan korang akan notice sama-ada kering atau kusam..dan menggerutu.
Fuhh..lepas guna vitamin C, licin..lembap dan cerah satu tona!

.

PEMULIHAN
------------------

Korang ambik vitamin C lepas bersenam tak? Ini yang kelakar... Dulu saya ambik vitamin C sakit-sakit badan cepat betul hilang dan pulih. Lepas dah dalami ilmu suplemen masa bersenam, saya stop semua suplemen antioksida macam vitamin C sejurus selepas bersenam. Manfaat bersenam mungkin kurang.

Apa yang saya nak kabo..vitamin C cepatkan pemulihan. Regenerasi (pertumbuhan) sel jadi sangat-sangat cepat ikut pengalaman saya. Sakit lutut dan belakang bila buat rawatan jadi cepat pulih. Luka ulser kencing manis pun cepat pulih bila guna dos sesuai.

4-5 Tahun lepas saya guna vitamin C untuk cepatkan pemulihan sistem pencernaan...mainly masalah leaky gut dan masalah histamin. Beratus jika tak beribu dah feedback yang improve dan pulih dengan perkongsian saya..dengan izin Alllah.

.

TENAGA DAN SEMANGAT
--------------------------------

VItamin C ni boleh jana tenaga bateri sel badan kita iaitu MITOKONDRIA. Pada masa yang sama vitamin C juga menyebabkan saya jadi  relaks dan mudah tidur pada waktu malam.

Tenaga sel mencanak ni lah yang cepatkan pemulihan. Tapi bukan tu saja, emosi pun jadi relaks dan semangat sokmo.. Saya percaya sebab vitamin C ni dah baiki usus..pulih jadi sihat balik.

Malah, sekali sekala makan mengarut terutama waktu travel.. perut meragam dan rasa stres...cepat-cepat ambil dos tinggi.. Fuh....Cepat betul recover..saya berpandangan sel perut jadiberanak cepat sangat cepat-cepat cover lapisan yang rosak.

.

MENTAL
-------------

Kekaburan mental, memori yang sejenak...bercakap dan berfikir tak teratur...merupakan masalah saya sejak sekolah menengah.

Saya baru tahu  ia mungkin sejenis penyakit disebakan kesan saya ada alahan sejak kecil. Orang selalu permainkan saya otak  blurr, tak boleh buat keputusan dan selalu berkhayal.

Semua dah jadi sejarah alhamdulillah. Walaupun tak 100% pulih, majoriti simtom di atas dah hilang. Saya jadi lebih yakin, jiwa jadi lebih kental dan lebih bersangka baik. Alhamdulillah syukur padaNya atas nikmat mental yang sihat.

Mental jadi jelas...tak teragak dan fikir macam-macam lagi. Lebih fokus...Tak takut lagi apa cabaran mendatang insha Allah.

.
.
.

Vitamin C adalah titik permulaan saya dengan bidang perubatan nutrisi . Sejak daripada tu, saya dalami bidang REDuction-OXidation (REDOX) ..bahasa mudahnya yang sokmo saya sebut... Bidang yang imbangi stres dalaman lah :) Berpuluh-puluh conference, seminar, kelas, workshop saya sertai dalam bidang perubatan nutrisi - wajib sentuh vitamin C.
.

Belum cuba belum tahu. Kalau nak cuba kena lah ambil tahu. Walaupun vitamin C ni selamat, ada beberapa perkara wajib kita ambil tahu. Nanti saya akan kongsikan mitos, info ringkas vitamin C serta teknik menggunakan vitamin C yang betul.
Korang kena tahu juga kenapa sesetengah orang ada reaksi dengan vitamin C dan bagaiman mengatasinya.
.

Founder produk yang nak buat formula vitamin C kena follow ni.. Saya share sebab produk saya pun mainly vitamin C juga hehe.

.
Korang tentu ada banyak pengalaman positif dengan vitamin C kan. Saya percaya sangat ramaiii yang dapat manfaat vitamin C ni.
.

SHARE la experience korang yang mahal tu 😁 Ramai nak dengar tu..semoga beri manfaat kepada yang lain.
.

.
.

-Hafiz Sulaiman
Pengamal Pemakan Redox.

.
.

Perkongsian ini bukan nasihat perubatan oleh doktor. Jika tak berguna, abaikan. Move on! :D


Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara