Skip to main content

5 KISAH WANITA PEROLEH PENDAPATAN 4-5 ANGKA DENGAN MOBILE SPA



Assalamualaikum, salam sejahtera.

Harini nak sharing kisah mereka yang cukup memberi inspirasi bagaimana hanya dengan mobile spa sahaja pun boleh memberi pendapatan lumayan.

Kisah mereka bukan biasa-biasa, ada yg menjadi punca pendapatan dia membantu keluarga di saat si suami tiada pekerjaan.

Tiada yg mustahil.

Jom kita baca..
.

KISAH 1

DAPAT HANTAR MAK AYAH PERGI UMRAH DAN LANGSAI HUTANG PTPTN
- Azura Yusof

"Apa nilai yang saya dapat sejak join TWB"

Terlalu banyak...... kalau previous boleh menitis air mata.

Ok zura join TWB a.k.a (The Walking Beauty) a.k.a projek spa tahun 2015. Diam tak diam dah hampir 4tahun bersama #AlumniTWB.

Masa mula join memang zura zero basic spa. First training tanganku kaku. Sekali rasa macam kayu mop pun ada.

Sebab tu ada pepatah practice make perfect. From zero to hero.

Zura mula kenal TWB melalui Anisah Hussin. Masa ni selalu melintas kat wall sharing dia pasal TWB.

Sebenarnya lama dah stalk wall dia. Hahaha.

Sepanjang tahun 2015- 2019 banyak kenangan tercipta.

Antara kenangan yang tak dapat zura lupakan first nak buat service kat bandar kereta terlenyek tahi lembu panas. Berkeceper penuh selubungi kereta. Selalu sesat bila buat service spa kat luar. Tak pandai baca waze. Nanges tepi jalan. Bab kena sindir toksah habaq la. Tap tap air mata menitis.

So far kena tipu takde lagilah. Semua bergantung pada niat. Kena percaya

Sampai sekarang masih terpahat dihati "muka macam ni ada hati nak buat spa" mungkin sebab ayat ini kot, zura buat spa sungguh-sungguh.

Gaiss jangan takut pada kutukan, kutukan itu cuma secebis cabaran.

Setiap kepahitan hempedu pasti ada sulaman kemanisan gula.

Paling best sepanjan 2015-2018 buat spa zura boleh kumpul duit hantar mak ayah pergi umrah & Boleh settle tepi ptptn.

Zura juga boleh upgrade skill dari facial sahaja ke pekej-pekej spa (tangas, mandi bunga, lulur, sauna, scrub). Lepas tu ambil kursus bekam dan acupuntur. Zura tambah pulak Kursus confinement. Zura uprade untuk value my own spa.

Ye la orang nak buat spa dengan kita, mesti dia tanya apa servis yang ada. Kita add value highclass untuk spa kita. Baru spa kita nampak unik.

Paling sikit pernah zura dapat rm50. Dan paling banyak zura pernah dapat sehari rm750. Ni memang all out dari pagi sampai petang. Ni zura buat weken je tau. Full pekej spa termasuk bekam.

Selebihnya sepanjang zura join spa bersama TWB ni, zura dikelilingi sahabat-sahabat positif. #AlumniTWB sangat-sangat membantu. Kebergantungan penuh kepada Allah. Semakin dekat dengan pencipta dan zura menjadi lebih positif.

Projek Spa TWB bukan projek spa biashe-biashe. Sungguh luar biashe.

TWB sangat bermakna. Inilah yang TWB bagi pada zura sepanjang tahun 2015-2019.

Syukur alhamdulillah.



.
.

KISAH 2

100% TANGGUNG HIDUP KELUARGA DI SAAT SUAMI HILANG PEKERJAAN

Nama saya Shamira Binti Mohammad Nasir berumur 25 tahun berasal dari Kedah. Berkahwin 😊

Sebelum join TWB saya adalah suri rumah sepenuh masa. Sebab suami tak izinkan saya bekerja.

Pernah buat pelbagai pekerjaan dan pekerjaan terakhir saya adalah operator pengeluaran di sebuah kilang bertempat di Hitech Kulim, Kedah.

Saya join training TWB pada 25 Mac 2018 di Bangi di rumah MAS. U all tahu tak? Ketika saya buat keputusan nak join TWB saya tak ada modal dalam simpanan walaupun Rm100. Sedih sangat bila ingat balik 😭😭

Dalam keadaan tak ada modal saat itulah saya betul-betul berserah & bergantung sepenuhnya pada Allah dan yakin 100% Allah akan bantu saya. Setiap hari saya positifkan diri dengan ayat "Antara tanda Allah nak beri sesuatu pada hambanya adalah dengan gerakkan bibir kita untuk meminta"

Dan..

Bayangkan lagi 5 hari nak training dalam tangan saya masih kosong macam-macam saya fikir!

Tapi..!  Tapi kan..

Allah tu baik sangat! Dalam keadaan saya serabut Allah hantar seseorang untuk bantu saya, dia bukan sesiapa jauh sekali keluarga & adik beradik tak ada pertalian darah lansung!

Dari Kedah ke Bangi sorang-sorang tau.. Rasa jauh jer perjalanan layan feeling padahal 4 jam je pun naik ets 😝
Perjalanan saya tak berhenti disini. Setiap orang Allah beri ujian lain-lain. Kita terus kepada tajuk kemuncak kita malam ini, iaitu

"Twb Penyelamat Kewangan Keluarga"

Kenapa penyelamat?  TWB ni bomba ke? Mesti korang tertanya-tanya kan? Hehe..

Nak dijadikan cerita seminggu lepas berpuasa pada tahun lepas suami saya berhenti kerja, atas sebab yang dia sendiri tak boleh tahan.

Walaupun gaji suami merupakan pendapatan utama keluarga kami tapi  Alhamdulillah tanpa gaji utama tersebut kami masih survive sehingga ke hari ini..

Macam mana kami survive?

Tak susah pun.. Bila kita ada ilmu & skills. Percayalah senang gila nak buat duit dengan TWB.

Betul ke?

Betul uolss.. Bayangkan suami berhenti macam tu jer.. Mana dapat gaji bila dia tak bagi surat 😭
Berhenti pulak dalam bulan puasa.. Nak buat persiapan raya lagi, sewa rumah, duit motor,duit kereta itu, ini macam-macam tau.. Bayangkan kalau tak kuat? Boleh perang dunia dengan suami.

Tapi.. Ntahlah bila kita ada sesuatu sebagai backup kita takkan takut nak hadap tu semua.. Saya tak marah cuma macam tak percaya suami berhenti kerja, ceerr uolss yang kawen bayangkan suami korang benti kerja 😜 apa perasaan?

Takut?
Gelisah?
Rasa nak mati??

Jangan pernah ada perasaan macam ni sebab Allah yang bagi rezeki kat kita. Bukan bos kat tempat kerja.

Berbekalkan ilmu dan skills yang ada saya dan suami mula susun strategi jeng! Jeng! Saya mula buat promosi spa dan collect cust banyak-banyak.

Malu??  Lagi tebal muka dan malu kalau mintak duit kat orang..Tahu tak masa saya diuji tu.. saya masih baru dalam bidang spa.. Tapi Alhamdulillah saya boleh survive.. sebab tu saya cakap, SENANG GILER BUAT DUIT DENGAN MOBILE SPA!

Sebab apa? sebab kita ada ilmu.. buat apa pun bila ada ilmu yang betul semuanya mudah..

Pernah tau sesak sangat tak ada duit.. Lauk dah habis.. Apa nak makan? Ya Allah sedih ingat balik.. 😫😫Tapi nak cerita jugak..

Tahu apa saya buat?  Saya buat offer facial murah-murah tapi bersyarat datang rumah sebab duit minyak kereta pun tak mampu nak isi pergi rumah cust. Tahu apa jadi??

Bersusun orang book slot dengan saya. Penat memang penat tapi berbaloi.

Inilah cara saya survive..

Orang perempuan korang kena ada satu bisnes backup yang boleh dapat instant cash!

Memang kita bersangka baik dengan Allah mintak dijauhkan dari ujian yang kita tak nak. Tapi andai kata terjadi jugak pernah bayangkan tak apa nak buat bila kita tak ada apa-apa?

TWB sebagai backup
- suami hilang kerja
- suami meninggal
- suami anda tak jumpa jalan balik rumah

Okay.. Gurau 😆

Banyak sangat tau kalau nak cerita macam mana TWB sebagai penyelamat kewangan keluarga saya.

Walau rasa susah tapi banyak lagi hikmah yang Allah beri disebalik ujian ini, antaranya..

✔ Nikmat kebebasan masa.
 Setakat ini saja sharing saya malam ini..

Pesanan saya,

Bertangguh dan takut. Dua ciri yang akan menjerumuskan kita kepada penyesalan yang tak sudah.

Hidup dalam penangguhan ibarat menunggu kucing bertanduk.

Masa terbuang dan tiada pencapaian yang kita dapat. Statik!

Terlalu banyak berfikir akibat dari tindakan kita. Akan bantutkan usaha kita untuk berubah dan berjaya.

Kita ada Allah. Doa adalah senjata paling kuat orang mukmin. Angkat tangan dan doa.

Nanti Allah bantu kita. 😘



.
.

KISAH 3

DAPAT TUNAIKAN UMRAH DAN MELANCONG
-Wan Syahidar Kahar

Seorang engineer tapi dah resign pada 2014. Saya join Mobile Spa TWB Nov 2015. Masa tu modal RM750 untuk course facial je.

Saya fokus servis spa masa awal2 join. Buat kat jiran-jiran & ahli keluarga kat kampung. Memang merasa instant cash tu. Sejam keje dah dapat at least RM50. Serius senang gile buat duit!!

Kini income saya memang 4 angka setiap bulan & paling minimum pun RM1k++  Alhamdulillah.. Saya jaga anak-anak 24 jam je di rumah. Anak ada 3. Paling kecik 1 tahun 2 bulan.

Walaupun saya housewife tapi sejak join TWb saya dapat ilmu bisnes, strategi bisnes, ilmu kesihatan, ilmu kecantikan, bonus pun makin besar & bisnes rasa lebih fun nak buat bila ada progress.

Bonus? yeee... dengan TWB ada 6 penjuru income bukan semata-mata buat spa tau.
Yang bagusnya ilmu spa TWB ni, anda bebas nak pilih penjuru income mana yang anda nak. Takde saper paksa.

Then saya fokus membesarkan empire saya dengan menolong wanita lain pula yg nak buat bisnes mobile spa ni. So saya fokus utk besarkan bonus Shaklee melalui recruitment dan menjual produk2 Shaklee serta untung runcit. Kiranya walaupun saya tak buat servis spa, saya sedang menolong wanita lain untuk buat servis spa diorang & besarkan income diorang pula

Average income dr TWB (Harap boleh share untuk pembakar semangat pembaca & wanita di luar sana) paling minimum RM1000 setiap bulan sekarang dalam title surirumah 24 jam & tak buat servis spa. Totally coaching anak buah dalam marketing spa & bisnes Shaklee masing2 je. Then paling tinggi pernah hit RM5k+++ waktu naik Coordinator.

Emmm hasil gigih berbisnes dari rumah, saya berjaya membesarkan tabung simpanan saya. Syukur Alhamdulillah.

Dengan TWB, kita ada 6 penjuru income tau, bukan setakat buat spa saja. Dan inilah yg saya dapat.

Saya resign drpd engineer tahun 2014. Join Shaklee 2014 & TWB tahun 2015. Then saya tunaikan Umrah pada akhir tahun 2016, travel ke Istanbul (Turkey), Ho Chi Minh (Vietnam), Kyoto dan Osaka (Jepun), Hanoi (Vietnam), belanja keluarga penginapan di hotel 5 star di Cyberjaya sempena Anniversary , and banyak lagi.. Then bayar downpayment kereta Nissan Serena sebanyak RM10k, daftarkan anak masuk swimming class and now InsyaAllah.. sikit lagi nak layak dapat FREE Trip 5 Star ⭐️ Regional Shaklee ke Phuket tahun 2019 ni. Doakan saya ye ☺️

Memang seronok sgt sebab sejak join TWB,
Income pun makin stabil Alhamdulillah. Suami juga merestui pekerjaan saya Alhamdulillah.




.
.

KISAH 4

BANTU KOS OPERASI LUTUT MAK DAN HANTAR AYAH KE UMRAH

CIK NURUL SHAKIRAH berumur 27 tahun. Anak ke 6 dari 8 beradik, kerja kerani akaun kilang. Join projek first TWB yang baru dilancarkan pada 2015.
.

Lepas 6 bulan berhenti kerja & now 100% TWB.
.

Kirah nak sihatkan mak yg sakit lutut skrg ni, InshaAllah bulan 5 ni nak operate. Nak umrahkan ayah yang dah lama teringin nak umrah. For now, kekuatan kirah memang mak ayah & adik. Kirah nak belikan adik apa je yg dia nak.
.

Mak ayah & adik kirah yg oku tu. kirah buat semua ni utk depa. Nak ada lebih byk masa utk depa especially adik (since ada beradik lain kerja)

kirah story sikit la ya 😁

Saya ada sorang adik lelaki yang OKU. Dia tak boleh jalan sejak dari kecil. Tahun ni umur dia dah 24 tahun.
.
Sebelum ni kirah kerja, masa tu adik pun kecik lagi, mak pun kuat lagi. Tapi as time goes by, adik pun makin besar, badan dia naik mendadak (asbab makan ubat utk saraf), mak pun makin tua, sakit lutut etc.
.
So saya rasa saya kena do something. Yang boleh ringankan beban mak nak uruskan adik & kerja rumah.
.
Tapi dalam masa yang sama boleh gain income jugak.
.
Masa tu kirah memang dah start join twb masa  kerja , tapi buat secara part time je la.
Long story short, kirah ambik keputusan untuk berhenti kerja & fokus 100% buat spa & shaklee.
.
Memang tawakkal ja masa tu.
.
Alhamdulillah, apa yang kirah tak dapat buat masa kirah kerja, kirah dapat buat lepas kirah buat keputusan utk fokus spa twb 100%.
.

✅ DAPAT RINGANKAN KERJA MAK, ADA LEBIH MASA UNTUK TEMAN ADIK DIRUMAH tapi dalam masa yang sama MASIH BOLEH BAGI DUIT BELANJA KAT MAK AYAH.
.
InshaAllah bulan 5 ni nak bantu bagi dana untuk mak operation lutut,  dan bulan 11 nanti nak hantar ayah pi umrah.
.

Kirah ada lebih banyak masa untuk mak ayah adik. Buat twb ni cuma kena spend masa 2-3 jam je sehari, paling lama 5 jam, selebihnya memang untuk. Kirah rasa lapanggg sangat dengan kerja sekarang nak banding kerja office sebelum ni, masuk pagi balik malam, gaji tak tera mana 😪
.

Next target nak umrahkan diri sendiri pulak bulan April tahun depan. InshaAllah..
.

Dari segi income & masa. Dulu kerja kerani nak dapat sebulan 2k pun jenuh buat ot hari2, pergi kerja pagi balik malam, sekarang nak dapat 5k sebulan pun kacang ja, spend masa 2-3 jam je, paling lama 5 jam, masa lebih banyak dengan family.

Kirah dulu bukanlah sekarang..😊


Ini pertama kali kirah ke oversea dan kali pertama naik kapal terbang asbab hasil join TWB
.

KISAH 5

PEROLEHI INCOME MOBILE SPA DARI 6 PENJURU

Nama saya Adiana. Saya join TWB masa hamil 4 bulan. Disebabkan syarikat tempat saya bekerja ada masalah, saya terpaksa berhenti kerja. Saya kehilangan punca pendapatan selama 3 bulan.

Disaat genting inilah, disaat perut memboyot saya nekad buat mobile spa dari rumah sebagai sumber pendapatannya.

Bermula dengan mendapatkan customer dari kenalan sekeliling hingga akhirnya dikenali oleh penduduk setempat. Businesnya semakin mantop.
Alhamdulillah, bulan pertama berjaya menjana pendapatan hingga 4 angka sebulan hanya dengan mobile spa sahaja. 

TWB menjanjikan income dari 6 penjuru, saya raih kesemuanya sehingga melayakkan memegang cash bonus 4 angka! Itu tak termasuk instant cash yg diterima dengan buat mobile spa.


Sebenarnya ada ramai lagi yang dah berjaya perolehi pendapatan 4-5K sebulan. Ada ibu tunggal, ada yang pergi training masa tengah sarat mengandung, ada yang lepas pantang.

Ada yang buat mobile spa berangkut anak, ada yg buat mobile spa guna pengangkutan dengan motor je.

Begitulah, tapi endingnya semua best. Yang berusaha pasti dapat.

Ye, Dalam TWB kami diajar untuk mendapatkan income dari 6 PENJURU lubuk duit bukan dari buat spa saje.

Service SPA hanya 1 dari 6 penjuru income yang boleh dapat. Ada 5 lagi penjuru yang ada dalam TWB tapi tak ada dalam bisnes spa lain. Best kan!

Sebab itu kami rasakan TWB adalah business yang sangat bagus dan fleksible dari segi masa.


Jika ada antara kawan-kawan atau anda. sendiri yang ingin tahu TWB secara terperinci, sila hubungi saya.

Raizura
Rai Beautique Home Mobile Spa & Confinement
call/whatsapp 0139481917
-

Comments

Popular posts from this blog

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan otot

PANTANG LARANG AIR KELAPA MUDA

Sedapnya panas-panas gini dapat minum air kelapa muda yg segar dari pokok... buh sikit garam halus..wallahhh...nikmat.. Tahu tak..kalau nak makan ubat..elakkan lah minum air kelapa sebab air kelapa berupaya meneutralkan ubat-ubatan tu...dalam ubat kan ada dadah kan... kira sesetengah dadah tu beracun... sia-sia lah dok telan...pahit tuuu... lagi satu... yang ramai orang tak bape nak tahu (mungkin) pada sapa-sapa yang mengamalkan jamu... pantang larangnya ialah air kelapa....so..jangan minum air kelapa sesekali bolehlah... Jom kite studi cerita pasal air kelapa ni... Air kelapa mengandung Cytokinin yang dipercaya sebagai bahan anti penuaan dan anti kanser ,sumber eletrolit semulajadi yang steril dan mengandung kadar kalium (potasium), khlor, serta klorin yang tinggi. Juga mengandung protein, sedikit lemak, mineral, karbohidrat, dan berbagai vitamin (C dan B kompleks).  Kandungan gula dalam air kelapa senang diserap tubuh berbanding gula jenis lain. A

RAWATAN UTK DEMAM/SELSEMA/BATUK - SOCKS REMEDIES

Kalau anak demam...memang jadi susah hati...nak makan tak lalu...tido malam pon tak lena kan...sebab takut kita tengah sedap tido... tiba-tiba demam anak naik mendadak....kejap-kejap bangun jelum kepala...kepala anak le..bukan kepala kita...lap badan dia...rasa dahi...rasa badan...besok pagi ibu dah jadi beruang panda...lebam bijik mata... Ok nak kongsi sini...rupanya selain menjelum kepala dan basahkan badan anak ada satu cara untuk turunkan suhu badan anak iaitu Teknik hidroterapi menggunakan Stokin Basah. =============================================== Teknik Hidroterapi Stokin Basah Menurut University of Maryland Medical Center teknik ini boleh membantu mengurangkan demam. Sebelum tidur, rendam sepasang stokin kapas nipis di dalam air, perah dan letakkan stoking basah pada kaki. Pakai sepasang lagi stokin lagi dan memakai kedua-dua pasang semasa tidur (double socks). Pada orang dewasa pon sesuai. Semasa tidur, badan akan mula mengedarkan cecair limfa dan dara