Skip to main content

TEMPOH BERPANTANG BILA GUGUR

Tips Berpantang Selepas Keguguran

Keguguran pada mana-mana fasa kehamilan samada di awal atau di pertengahan kehamilan boleh jadi perkara yang amat menyedihkan dan pastinya sangat mengecewakan

Hari ini saya ingin kongsikan Tips Berpantang Selepas Keguguran .

*Punca Keguguran*

Keguguran biasanya dikaitkan dengan "masalah janin tak kuat" dan " rahim tak kuat". Masalah janin tak kuat disebabkan percampuran sperma dan ovum yang kurang berkualiti.

Menurut Dr Zubaidi Hj Ahmad , untuk mencegah keguguran berlaku dan berulang lagi penting untuk :-

1) Kualiti sperma yang berkualiti dan sihat
2) Ovum yang matang
3) Rahim yang kuat dan sihat

Jadi seandainya berlakunya keguguran ia bukanlah berpunca dari pihak wanita sahaja.

Kenapa Mesti Berpantang?
Penting ke berpantang selepas keguguran ni?

Ada pendapat mengatakan alah gugur aje bukan bersalin pun. Yang sebenarnya tak ramai yang menyedari atau ambil tahu betapa pentingnya penjagaan diri selepas mengalami keguguran.

Malah, orang-orang tua berpendapat bahawa ianya sama penting atau lebih serius berbanding berpantang selepas melahirkan bayi. Keguguran tanpa penjagaan yang rapi akan menyumbang kepada masalah angin merian atau rengat yang berpunca dari keracunan darah yang pada satu tahap boleh menyebabkan demam panas dan kancing gigi.

Berpantang persediaan untuk menjadikan rahim semakin sihat untuk mengandung di masa hadapan.

TEMPOH BERPANTANG SELEPAS KEGUGURAN.

Tempoh berpantang selepas keguguran adalah bergantung kepada tahap usia kandungan tersebut .

Kandungan 2 Minggu hingga 12 minggu - tempoh berpantang  30 hari

Kandungan 4 bulan hingga 5 bulan - tempoh berpantangnya 40 hari

Kandungan lebih dari 6 bulan - tempoh berpantangnya 44 hari

TIPS BERPANTANG.

Berpantang selepas gugur sama penting dengan berpantang bersalin . Segala pantang larang ketika berpantang haruslah di patuhi

1. Pemakanan.

Ibu keguguran mesti megelakkan makanan berangin, seperti ubi keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi, serta terung.

2. Penjagaan Rahim.

Penjagaan rahim yang rapi selepas keguguran perlu di ambil kira. Selalunya, jika keguguran berlaku pada awal kehamilan, janin yang baru terbentuk akan terkeluar seluruhnya dari badan secara semulajadi. Namun, jika usia kehamilan melebihi 10 minggu, keguguran cenderung menjadi tidak lengkap dan bahagian rahim perlu dibersihkan melalui proses D&C (Dilation & Curettage).

Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan sempurna, toksin boleh meresap ke sistem tubuh lalu menyebabkan demam panas atau jangkitan di bahagian peranakan.

3. Hamil Semula.

Jika anda merancang untuk hamil semula selepas keguguran tiada masalah.Doktor menasihatkan supaya tidak hamil dalam 3 bulan pertama selepas keguguran.

4. Berbengkung.

Di samping berbengkung , anda  juga boleh juga berurut, bertungku, mandi herba, dan sebagainya. Ini dapat membantu untuk melancarkan peredaran darah, melegakan kesakitan, serta memberi keselesaan serta mengembalikan kesegaran tubuh. Pastikan anda memakai stokin dan baju lengan panjang pada setiap masa.

5. Aktiviti Harian.

Hadkan atau kurangkan pergerakan daripada terlalu aktif dan elakkan mengangkat benda-benda berat, terutamanya dalam tempoh sebulan selepas keguguran.

Tips berpantang:
Tukang Urut Wanita Terengganu
Whatspp 0139481917



Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...