Skip to main content

Posts

TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI...TUAH TEGAR?

Sebelum terkenal sebagai penyanyi, seperti sekarang ini,  Dia dan keluarganya hidup serba kekurangan. Menurut ibunda Tegar, Ratna, "untuk makan sehari- hari saja sulit". Ditambahkan Ratna, karena miskin di kampung tempat tinggalnya, tak ada yang peduli dengan keluarga mereka. "Meremehkan keluarga Tegar. Menganggap keluarga Tegar gembel," kata Ratna di acara Seputar Obrolan Selebriti (SOS) ANTV, Senin, 24 Juni 2013. Tak hanya itu, saat meminta tolong bantuan untuk sekadar makan, Tegar dan keluarga harus mendapatkan dengan perjuangan yang keras. "Kalau minta makan sama keluarga, harus nangis-nangis dulu," tutur Ratna mengenang masa susahnya. "Sekarang semua orang ngaku-ngaku saudara," ucap ibunda Tegar. Tegar lahir di Subang (Indonesia) memang mempunyai cita cita menjadi penyanyi namun lantaran keluarga yang pada saat itu mempunyai masalah ekonomi menjadikan Tegar kanak-kanak yang berdikari sendiri dan berusaha mencari rezeki dengan meng...

KELAKUAN PELIK TAPI BENAR TENTANG MINYAK

Malam tadi tepat pukul 12 malam harga minyak dinaikkan sebanyak 20 sen. Kalau dulu RM1.90 mulai hari ini menjadi RM2.10. Maka berpusu-pusulah sesetengah orang memandu beberapa kilometer hanya utk beratur mengisi minyak sepenuh-penuh yang mungkin dengan harapan minyak itu akan bertahan selama mana yang mungkin. Maka berbaris panjanglah dengan enjin kereta dihidupkan dan ekon yang menyejukkan...memang berbaloi utk mendapatkan penjimatan sebanyak 20 sen seliter. Selepas  mengisi minyak memandu balik beberapa kilometer utk pulang semula ke rumah... opppss...sebelum itu..mungkin singgah ke mana-mana atau di mana-mana untuk memenuhi keinginan yang lain...  Harga petrol di Malaysia sepanjang zaman...(dalam masa 23 tahun - sejak 1990) Sebelum 90 - RM 0.89 Tahun 1990 - RM 1.10 (kenaikan RM 0.21) 01/10/2000 - RM 1.20 (kenaikan RM 0.10) 20/10/2001 - RM 1.30 (kenaikan RM 0.10) 01/05/2002 - RM 1.32 (kenaikan RM 0.02) 31/10/2002 - RM 1.33 (kenaikan RM 0.01) 01/03/2003...

MALAYSIAKU MERDEKA SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE 56

Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku hargailah nilai kemerdekaan yg ada hargailah apa yg ada di depan mata hargailah apa yg ada dalam genggaman bersyukur atas nikmat & rahmat yg telah diberikan nikmat kebebasan  keamanan kesejahteraan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 56

PILIH BAHAGIA ATAU DERITA

Jika seseorang ada membenci kita...rilexlah.. sebab... ada masanya kita pon ada benci, menyampah, meluat, nak muntah, tak berkenan, tak suka,  berbulu bijik mata kat orang lain juga... Jika seseorang ada sakitkan hati kita....coollah... sebab... kita mungkin tanpa sengaja ada menyakitkan hati orang juga... Jadi... janganlah rasa susah hati sangat....janganlah rasa sakit hati sangat sikit-sikit sudahlah  anggaplah itu sebagai balasan yg kita terima...bersihkan dosa kata orang tua.... dengan itu kita akan  rasa  lebih  tenang...lebih bahagia... nak  bahagia atau  derita pilihan di tangan kita saya pilih bahagia.... ^_^ V

HI 5!! JOM KEMPEN SIMPAN SI HIJAU

KEMPEN SI HIJAU Saya ada terbaca pasal kempen  SI HIJAU  ni... idea yang sangat bernas & menarik... kepada sesiapa yang sukar menyimpan wang, inilah kaedah yang baik & seronok untuk dicuba. CARANYA Setiap kali dapat SI HIJAU ni...terus simpan dalam satu tabung khas...kalau boleh cari tabung lutsinar supaya kita rasa semangat bila melihat simpanan semakin bertambah... TAPI TAPI TAPI...kena pastikan tabung itu tidak mudah untuk dibuka, hokeyyy.... Amacam... rasanya boleh tak amanah pada diri sendiri.... JOM!!! mari kita cabar diri sendiri....Malaysia boleh kita pasti boleh... kan...kan... KENAPA SI HIJAU? Supaya tidak menjadi satu tekanan & bebanan bagi yang payah untuk menyimpan...seringgit mudah dapat....so banyak nanti nantinya (bertangguh)....sepuloh hengget rasanya macam...errrr.... hihihi...faham-faham sendirilah ye.... Setiap kali berbelanja kalau dapat je wang baki...andai ada SI HIJAU  tak kiralah berapa keping pon...masukka...

POLIS??

"Dah besar nanti nak jadi apa?" "Polis.." "Eh! jangan... polis jahat." duhhh....itulah dialog yang saya dengar bila ada org tanya cita-cita anak-anak saya masa dorang kecik dulu... nak je bersuara tapi mengenangkan orang tu lebih berusia...dan perlu dihormati...terpaksa diamkan diri...karang bercakap jadi masam muka.. Jenuhlah lepas tu kita terangkan pada anak... yang jahat tu perompak...pencuri...pukul org... bla.. bla.. bla... hello...taukah kesannya bila kita bercakap macam itu dgn seorg bdk kecil...incase kalau berlaku sesuatu hal...dari jauh dia dah nampak polis tapi oleh kerana dia telah ditanam dlm fikiran bahawa  polis jahat jadi diketika itu dia akan memilih dan mempercayai orang luar yg tidak dikenali utk meminta bantuan...ada faham? Siapa pun... walau apa pon jenis pekerjaan mereka...asalkan yg halal itu tidak salah...yg salah adalah individu itu sendiri...sikap sendiri...jadi tolonglah jangan dirosakkan pemikiran seorang budak ha...

ASAL USUL LAGU NEGARAKU

Lagu negaraku yang menjadi kemegahan negara Malaysia adalah asalnya lagu rasmi negeri Perak yg berasal daripada Kepulauan Seychelles apabila dibawa pulang oleh bekas sultan Perak, Sultan Abdullah yg menjalani hukuman buang negeri kerana dituduh bersubahat membunuh Residen British, JWW Birch. Lagu yg asalnya dicipta penggubah Perancis,  Pierre Jean De Beranger ini kemudiannya diberi senikata baru dan dinamakan "Allah Lanjutkan Usia Sultan" seterusnya dijadikan lagu rasmi Perak. Lagu rasmi negeri Perak ini dipilih menjadi lagu kebangsaan Persekutuan Tanah Melayu oleh jemaah hakim yg diketuai perdana menteri, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 5 ogos 1957. Tunku Abdul Rahman berasakan negara perlu mempunyai lagu kebangsaan sendiri sebelum hari kemerdekaan pertama apatah lagi sejak 1956 semua negeri Tanah Melayu sudah mempunyai lagu kebesaran negeri masing-masing. Tunku mencadangkan agar diadakan satu pertandingan mencipta lagu kebangsaan dan sebanyak 514...