Skip to main content

Posts

RAMADHAN 1435H

1st Ramadhan 1435H Yang yang yok! pagi-pagi bukak periuk! Berbuka disunatkan dengan kurma kan...tapi saya terbalik kong...makan kurma waktu sahur... sebab ada masalah sikit dengan perut...kalau dah lapar sangat boleh jadi menggeletar dan rasa nak pitam....jadi sahur adalah sangat penting.... memang kena makan betul-betul...kalau tak bersahur...harus jadi kain buruk...burok ropernya....sungguh pon gitu waktu berbuka tak pulun melantak melarong makan sampai kembong...saya makannya sikit tapi kerap...almaklum cc perut kecik....(^_^) Jadi pada sapa-sapa yang spesis macam saya ni...amalkanlah setiap kali bersahur..diakhiri dgn kurma, 3 biji atau 7 biji. Insyaallah...simptom-simptom macam tu taklah ketara sangat... o ye..lagi satu masalah saya...lepas sahur tubuh badan tak boleh dibawa tidur....nanti bangun je..perut rasa sangat sangat sangat kosong.. haiii...macam-macam...memang dari dulu sampai ke tua gini...itulah yang saya rasa....terpaksa menahan ngantok...dahlah kena bangun...

CARELESS WHISPER?

eaa.. tak baik tau bisik-bisik gitu....sian kawan belakang tu.. Tak pastilah dah masok belom citer ni...nak tengok balik...satu kerjalah pulak... citer je la..ala iklan tu pon walau berkali-kali org kena paksa tengok gak kan...^_^ kire kalau dah citer..anggaplah ini iklan ea... Satu petang yang indah....sedang daku tido ditemani oleh angin sempoi-sempoi kipas siling... tetiba, ada seseorang berbisik ditelinga kiriku, lembut dan tegas suaranya...katanya, " toleh sini!" uiittss... tanjat gegirl!... Terbuntang beliak bijik mata daku...walau dalam keadaan yg terkejut yang amat plus kemamai... daku masih ingat...yg dalam rumah cuma ada daku dan anak yg kecik tadika tu je...mana ada sape-sape...dan dan dan...suara itu bukan suara anak daku!!...duuhhh....mujurnya masa terkejut berok tu... daku tak menoleh ke arah suara tersebut....apa lagi...tak kan masih nak fikir-fikir teka-teki lagi....terus bangun ler...tanpa menoleh mana-mana...

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI

Suka pantai? suka mandi laut? pandai berenang tak? gaya mana? kuak telentang? kuak tenggelam? kuak berendam? ^_^ =============================================== Fakta Menarik Pantai paling bahaya di dunia 1. Pantai Gulf. California Pantainya cantik pasirnya putih dan bersih TETAPI pantai ini menjadi habitat ular yg paling berbisa di Amerika Syarikat. Bisa ular ini mampu membunuh orang dewasa dalam masa kurang daripada 2 jam. Ouchh.. 2. Pantai Amazon, Brazil Pantai ini menjadi habitat haiwan pemangsa yang merbahaya,seperti Piranha! 3. Pantai Bolinas, California Pantai yg menjadi lokasi kegemaran para peluncur. Walaubagaimana pon mereka perlu berwaspada kerana terdapat banyak ikan yu. Dilarang meluncur pada waktu malam atau memakai sebarang perhiasan yang berkilat sewaktu berluncur. 4. Pantai Hanakapiai. Hawaii Pantai yang cantik tetapi sudah banyak memakan korban akibat ombak dan arus yg kuat. 5. Pantai Pulau Saint Maarten,...

COFFEE OH KOPI

Siapa sini penggemar kopi?...saya tak berapa kisah...boleh minum...tak minum pon tak apa...tea pon macam tu sama jugak... Pening kan bila tengok nama-nama kopi yg dijual...nak ditanya mcm tak ada org tanya pon...dorang dah biasa kot... ke ada yang main pandai-pandai sendiri...eksen-eksen kata budak-budak tecik....dah lah gitu..nak tergeliat menyebutnya...nampak macam mudah je nak nyebut tapi boleh jadi silap pronunciation daaa...aisshhh... Jenis-jenis kopi 1.Kopi hitam Penghasilan kopi secara terus daripada rebusan biji kopi disajikan tanpa penambahan rasa. 2. Espresso Dihasilkan dgn ekstrak biji kopi menggunakan wap panas pada tekanan tinggi. 3. Latte (coffe latte) Gandingan antara espresso dgn tambahan susu dgn nisbah antara susu dan kopi 3:1 4. Cafe au lait Sama dgn coffe latte tetapi menggunakan  campuran kopi hitam. 5. Caffe macchiato Espresso ditambah susu dgn nisbah antara kopi dan susu 4:1 6. Cappucino Kopi ditambah susu, krim dan...

MAKAN MAKAN DI KUANTAN

citer makan lagi...^_^ 3 hari lepas saya gi ke Kuantan cam biasalah Pak Akob Ikan Patin itu mesti disinggah http://hello-zura.blogspot.com/2013/09/yang-menarik-di-kuantanpatin-tempoyak.html rasanya macam dulu jugak...tak berubah...sedap.. lauk pauk kampung dia pon sedap...macam-macam ada... pisang masak lemak...batang keladi asam...lemak pucuk paku...ulam-ulaman... aisshhh...kecur plop! Tiba pon dah agak lewat...pukul 3 lebih baru nak lunch... lauk pauk tinggal belen je ler... Patin emas RM12-RM15 Patin Buah RM20 Ingatkan malam nak carik makan kat Tanjung Lumpur...nak cuba Ikan bakar petai tu... tapi tekak nak makan yang simple je... so cubalah satay Zul yang orang dok sebut-sebut... sedap...saya suka...sataynya berasa...taklah berempah sangat... cuma tang kuah je..macam ada kurang sikit ...tapi masih sedap lagi... nasi impitnya lembut...   Satay Zul kat Jelita Cafe satay kambing ada.. lumbu  lembu ada.. purut  perut pon ada......

ROTI PAYANG

Apakah itu?  roti pasar payang kah? bukan lahh...Roti Tempayan...roti yg dibakar dalam tempayan...lebih kurang mcm roti nan atau  roti tandoori gitu...yg bezanya kuah... macam kari tapi bukan sama sekali... Kat Kopitiam Pok Wan, Gong Badak

MENTEGA ASLI vs MENTEGA SUSU LEPA

Mentega Asli (Pure Butter) VS Mentega Susu Lepa. Secara amnya, mentega adalah produk lemak yang diperbuat daripada susu asli. Kebanyakannya diperbuat daripada susu lembu untuk tujuan komersial. Ia akan melalui proses bagi memisahkan cecair dan lemak susu. Lemak susu itu yang dijadikan pepejal akan dibungkus dan dijual di pasaran dan dikenali sebagai mentega. Terdapat dua jenis mentega iaitu mentega asli dan mentega susu lepa. Antara Jenama Mentega Asli :  Golden Churn, Tatura, SCS dan lain-lain Mentega Susu Lepa : Buttercup, Butterlite dan lain-lain. Mengapakah lemak asli lebih mahal daripada mentega susu lepa? Ini kerana mentega asli mengandungi lebih 80 peratus lemak susu dalam kandungan beratnya berbanding mentega susu lepa yang mengandungi kurang lemak susunya. Perbezaannya? Maka jika anda menggunakan lemak asli untuk membuat kek dan produk pastri, hasilnya ternyata lebih gebu, enak dan aromanya lebih harum dan sudah tentu lebih menyelerakan. Kandungan lema...