Skip to main content

Posts

JIKA KENA TIPU BELI BARANG ONLINE

Hari ini saya nak share cara untuk mendapatkan duit apabila buyer di tipu melalui transaksi online. Senang saje dan dengan menggunakan cara ini, anda pasti akan dapat balik wang anda... Apabila dah kena tipu,  INI PENTING...MESTI INGAT... 1. JANGAN UPDATE FACEBOOK...  Tak guna update facebook.. Takkan dapat balik duit punya... 2. kita buat report polis..  Dalam report tak payah nak cakap banyak... Tak payah nak kata benda tak sampai la... kena tipu la... ke ape2...  Kalau awak boleh report kena tipu barang tak sampai, seller boleh report kata dah sampai... & cerita ini tak akan habis punya... Buyer cakap tak dapat, seller cakap dah send ...  Mmg bukan tanggungjawab polis atau bank nak selesaikan masalah ini... Diorang Xde kerja lain ke? Takkan nak settle kes mcm ni je... So biasanya diorang tak follow up...  So ape kita nak buat??  Dah lah kena kencing... Bazir masa dan bazir petrol pulak sekarang... 3. masa report tuliskan ...

TIADA TAJUK

Pagi itu saya memasuki tol Sungai Petani Selatan untuk cepat sampai ke hospital dekat tol Sungai Petani utara. Bila menghampiri tol Sungai Petani utara, saya menyelok poket mencari duit RM1.60 bayaran tol. Baru sedar tak bawa wallet. Menyelongkar dalam dashboard kereta jumpa, duit syiling RM1.40 sen. Tak cukup 20 sen lagi. Saya memberhenti kereta agak jauh dari rumah tol. Kepala ligat memikir mana nak cari duit 20 sen lagi. Selak pelapik kaki, buka bonet belakang, namun duit 20 sen tak ditemui. Nak telefon anak suruh hantar, tentu kena pusing jauh. Dalam hati mengingat Allah moga dipermudahkan. Nak masuk tol dan minta belas ihsan juru tol, rasa malu. Semasa berdiri luar kereta memikir jalan, seorang penunggang motosikal OKU memberhenti motosikal roda empatnya menegur saya, bertanya adakah kereta saya rosak. Saya cepat mengatakan tidak. Masa itu saya hilang rasa malu meminta kepadanya 20 sen untuk mencukupkan bayaran untuk keluar tol. Dia gelak kecil dan mengeluarkan duit seringgit, ...

ASID URIK & GAUT

Pernah dengar asid urik tak? (tetiba kan pepeling jadi pakar gitu..) Setelah digoogle asid urik ni terjadi secara semulajadi  di dlm tubuh kita.  Ianya terhasil dari Purine. Fungsi asid urik dlm tubuh ialah bertindak sebagai antioksidan yg kuat.  Pada manusia,lebih separuh kapasiti antioksidan  plasma darah adalah dari urik asid. Oleh kerana ia adalah antioksidan maka ia juga ada  kebaikkannya utk mencegah kerosakan sel-sel dlm tubuh kita. Purine Adalah bahan yg biasanya ditemui di hampir semua jenis sel-sel kehidupan.  Dalam setiap sel dlm tubuh dan sel  darah merah terdapat purine. Purines dihasilkan secara semulajadi oleh badan Ia juga terdpt dlm makanan yg kita makan. Makanan yg tinggi purin dan perlu dielakkan : - Otak,hati,buah pinggang,limpa -organ dalaman Ikan bilis,sardin,tenggiri,telur ikan Estrak daging,angsa kepah,kerang Yis Makanan yg sederhana purine dan perlu dikurangkan juga : - Aspa...

SALAH GUNA ANTIBIOTIK

Antibiotik bukanlah ibu ubat segala penyakit.. bila dapat je antibiotik rasa lega je...betul tak ada yg rasa gitu..bila hanya dpt ubat demam saje..mesti kata biar betul doktor ni..kan kan kan Ada jugak bila demam g farmasi beli antibiotik..betul tak?..pendek kata tak de antibiotik memang demam tak hilang... Perlu faham isu utama di sini adalah pengambilan antibiotik di saat yg tidak perlu. Kalaupun setiap kali kita ambil antibiotik yg tidak perlu tu dicover dengan pengambilan probiotik, ia tetap tidak mengubah keadaan di mana bakteria berevolusi untuk menjadi rintang antibiotik.  Apakah Kerintangan Antibiotik? Kerintangan antibiotik berlaku apabila antibiotik hilang keupayaan untuk membunuh bakteria. Oleh itu antibiotik tidak lagi berkesan untuk merawat jangkitan bakteria. Kerintangan terhadap antibiotik terjadi apabila bakteria mengubah dirinya sebagai cara untuk mengurangkan atau menghapuskan keberkesanan antibiotik. Kerintangan antibiotik adalah disebabkan ol...

DAGANG HAMBA MUSAFIR TUMPANG LALU

Dagang Pak Malau dagang bertempat Dagang hamba musafir lalu... Dah nak masuk 8 tahun kami merantau di Teganu... disebabkan kami bukan penduduk tetap di sini... setiap kali ada benda yang mustahak & rasmi...kenalah mohon surat akuan pemastautin... Baru-baru ni ai perlukan lagi surat akuan pemastautin tu... dorang tawarkan borang utk jadi rakyat teganu terus... sebab surat kuning tu valid utk setahun saje.. katanya utk kemudahan anak-anak belajar...memang betul pon... Teganu memang banyak peruntukan utk anak-anak Teganu belajar...memang beruntung dorang ni..nak dan tak nak belajar je... semua disediakan... dari sekolah rendah lagi...tak perlu sediakan duit puluh2 atau ratus ringgit sebelum naik persekolahan baru... dalam RM50 je itu pon utk Tahun 1... kami ni duk tumpang tuah je... Tapi kesian ke anak ai.. 2 tahun lepas dia PMR dapat 8A 1B...tapi oleh sebab kami bukan asal sini...dia tak dapatlah apa2 imbuhan... tak pe lah nakkk...bukan hak kit...

INDAHNYA MASA KECIL TANPA GADGET

SETUJU?? biarlah gambar berbicara kenangan lalu mengusik jiwa itu menandakan dah tua ^_^

BAHAYA STEROID

MARI KENALI STEROID Bahaya steroid Krim sapuan steroid juga dikenali sebagai kortikosteroid topikal . Hydrocortisone antara krim yang popular meredakan keradangan digunakan oleh para pengamal perubatan bagi pesakit yang mempunyai masalah kulit samada masalah kulit biasa seperti ruam biasa sehinggalah kepada masalah alergi kulit yang berkaitan autoimun seperti ekzema atau psoriosis. Malah, krim-krim steroid ini sangat mudah didapati di kaunter-kaunter farmasi dan sesiapa boleh membelinya dengan mudah! Ianya juga terdapat dalam bentuk suntikan. Krim steroid memang akan menampakkan kesan pemulihan kulit dalam masa yang singkat, namun kulit akan kembali meradang apabila pengambilan steroid ini dihentikan kerana kulit sudah 'ketagih steroid' dan kebanyakan pesakit akan terus menerus mengambil steroid bagi mengelakkan peradangan kulit yang mana akan menyebabkan kebergantungan pada steroid seumur hidup! Ini akan menyebabkan pelbagai kesan sampingan yang buruk kepada tubuh...