Skip to main content

BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT






Pepatah lama ni seringkali menjadi pertikaian orang ramai. Rata-rata semuanya tak setuju & macam-macam hujah yang keluar. TETAPI kebanyakkan hanya memberi tumpuan kepada adat istiadat perkahwinan seperti meminang, menepung tawar, bersanding, berinai dan seumpamanya. Bolak balik tetap ke situ jugak.

Mari buka minda, tenangkan hati & berlapang dada dalam mencari ilmu. Kata orang tua banyak berjalan luas pemandangan (banyak berjalan macamana tu...sekeliling rumah? shopping complex?...^_^) banyak membaca luas pengetahuan.

Pepatah itu tidak salah sebenarnya, yang salah adalah cara pemahaman kita.

Peribahasa ni dicipta bertahun-tahun dulu lamanya, berdasarkan pada pemikiran melayu lama bukan  pada pemikiran melayu baru/moden sekarang ini. 

Ia juga bukan dicipta pada zaman P.Ramlee atau selepas perang dunia. Dalam buku sejarah lama, ia ditulis oleh Tun Seri Lanang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka. 

Jadi untuk kita memahaminya, perlu ditafsir mengikut  bahasa melayu lama baru kita boleh faham maksud pepatah itu. Perlu diingat orang dahulu bahasanya tersirat bukan tersurat.

Berkemungkinan besar orang melayu lama  juga tak akan faham dengan bahasa orang melayu sekarang, lebih-lebih lagi dah mula timbul bermacam-macam slanga baru moden.

Perkataan ADAT pada masa itu ialah bermaksud TATA CARA/ATURAN/UNDANG-UNDANG.

Pepatah ini lebih merujuk kepada adat PERATURAN atau adat UNDANG-UNDANG, bukannya adat untuk adat istiadat atau adat resam budaya.

Seperti Adat Pepatih & Adat Temenggong ia merangkumi pelbagai aspek termasuk soal harta pusaka, perlantikan pemimpin, hukum nikah kahwin, amalan bermasyarakat, hukuman bagi kesalahan yang dilakukan dan bermacam-macam lagi.

Sila perhatikan, mereka menamakannya Adat Pepatih/Adat Temenggong bukannya Undang-undang Pepatih/Undang-undang Temenggong atau pun Peraturan Pepatih/Peraturan Temenggong tetapi ADAT.

Jika sekarang masyarakat kita akan  merujuk pd undang2 perlembagaan persekutuan, akta & enakmen berkaitan atau kanun keseksaan, orang dulu akan merujuk adat.

Berdasarkan pada pepatah tersebut, ini bermakna ia merujuk kepada undang-undang. Contoh, sekiranya yang membuat salah itu adalah anak seorang pembesar negeri atau anak ketua kampung atau anak orang-orang besar sekali pun, mereka akan menghukum atau membenarkan anak mereka mendapat balasan sewajarnya hatta di hukum mati. 
Tiada pengecualian. Pepatah ini sebenarnya menentang nepotisme dalam melaksanakan undang-undang. Inilah yang cuba disampaikan berdasarkan peribahasa tersebut.

"BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT"
-biar mati anak hukum & peraturan mesti dijalankan-

hidup di kandung adat
mati dikandung tanah
kata adat banyak kiasan
ditunjuk dia tetapi bukan
bergulung pendek panjang direntang
tak faham kalau tak direnungkan
usang-usang diperbaharui
lapuk-lapuk dikajangi
yang elok dipakai
yang buruk dibuang
kalau singkat minta disambungkan
kalau panjang minta dikerat
kalau koyak minta ditampal
kalau bocor minta dibetulkan


Hidup ini memang perlu ada peraturan/adat agar dapat menjamin kebahagiaan manusia dlm kehidupan di dunia & akhirat.

MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU.







Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...