Skip to main content

POPULARNYA AYAM


Haiwan lain janganlah makan hati ye...tak tau nape generasi lalu pilih ayam untuk berkias atau menegur tanpa menyinggung perasaan dan hati orang lain...haiwan lain ada jugak tapi rasanya ayamlah yg paling banyak...eksenlah ko ayam ye...sembelih karang baru tau...ikikikiki...^_^ 
jom kite tinjau apakah dia....


Rabun ayam - kurang penglihatan

ayam berak kapur - letih lesu tak bermaya

ayam pelesung - lelaki yg gemar bertandang ke rumah yg ada anak dara

ayam tambatan - orang harapan

ayam togel - ayam yg tidak berbulu

ayam bacul - penakut

tidur-tidur ayam - tidur yg tak nyenyak

cakar ayam - merujuk kpd tulisan yang susah dibaca

musang berbulu ayam - orang yg berpura-pura baik

bapa ayam - bapa yg tidak mempedulikan anaknya

anak ayam kehilangan ibu - hilang tempat bergantung

ayam bertelur sebiji riuh sekampung - kejayaan yg kecil tapi diperbesar-besarkan

Ayam baru belajar berkokok - baru cukup umur

Ayam berinduk, sirih berjunjung - Setiap orang yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan

Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan - Hidup menderita walaupun mewah

Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang  - Nasib yang malang

Ayam tak patuk, itik tak sudu - Seseorang yang hina dalam masyarakat

Ayam sudah patah, kalau-kalau dapat menikam - Orang yang telah jatuh melarat itu mungkin akan berubah nasibnya


Ayam berlaga sekandang - Berkelahi dengan orang serumah.

Ayam bertanda - Keturunan berani.

Ayam beroga itu jika di pinggan emas sekalipun diberi makan, hutan juga perginya - Orang dagang, bagaimanapun senang di negeri orang tetap ingin kembali ke negeri sendiri.

Ayam bertelur di atas padi - Hidup mewah.

Ayam dapat, musang pun dapat - Pencuri dapat ditangkap, barang-barang pun tidak hilang.

Ayam denak - Ayam liar yang hidup di hutan.

Ayam didik - Orang yang dilatih untuk menjadi pengganti kepada pemimpin berkenaan.

Ayam ditambat disambar helang - Isteri dilarikan orang besar.

Ayam ditambat disambar helang, padi di tangan tumbuh lalang - Nasib malang.

Ayam hitam terbang malam, hinggap di pokok pandan, bergesek ada rupanya tiada - Kejahatan yang susah dibuktikan kerana tidak ada bukti kuat.

Ayam menang, kampung tergadai - Menang tapi rugi.

Ayam putih terbang siang, hinggap di kayu merasi bertali benang bertambang tulang - Perkara baik yang cukup keterangan dan saksi.

Ayam terlepas, tangan bau tahi - Perbuatan jahat tentu membawa padah dan akhirnya akan mendapat malu


untung jadi ayam kan...orang dok sebut-sebut nama dia...
daging dia pon hari2 orang makan... tan...tan...tan...




Comments

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan ...