Skip to main content

MAKAN UBAT

.
Makan ubat sebelum makan...3 kali sehari...
kite pon makanlah ubat tu sementara kite duduk tunggu lauk-pauk dihidangkan...
ataupon makan ubat selepas makan...kite pon makanlah betul-betul lepas kenyang mengisi perut...
betul tak?...betul tak??...
kannnn....
yang  sebenarnya ialah
1 jam sebelum makan atau 2 jam setelah makan
3 kali sehari bermaksud sekitar 6 jam setiap kali pengambilan ubat

Ubat atau antibiotik yang diambil boleh menjadi berkesan jika diserap dengan baik oleh tubuh..jadi jgn salahkan ubat bila sakit tak kebah-kebah atau lambat beno nak baiknya...
gitewwww.... 

lagi satu perkara yang ramai tak amik pusing
Ubat/antibiotik  dengan makanan/minuman tertentu  dapat mempengaruhi fungsi ubat.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

MINUMAN YANG DILARANG DIAMBIL DENGAN UBAT

Susu
Kenapa susu tidak boleh dicampur dengan ubat?
Kandungan zat dalam susu akan mengurangkan daya serap antibiotik/ubat dalam tubuh sekaligus menghalang penyerapan beberapa komponen tertentu dalam ubat. Kandungan kalsium pada susu juga boleh mengganggu keberkesanan ubat.  Kalsium yang terdapat dalam susu akan mengikat ubat atau antibiotik sehingga mencegah penyerapan ubat tersebut di dalam tubuh.


Susu hanya boleh diambil selepas atau sebelum 4 jam kita makan ubat. 

Selain susu, suplemen  zinc, magnesium, zat besi dan makanan yang mengandungi kalsium juga akan mempengaruhi kadar keberkesanan ubat dan dapat menghalang penyerapan antibiotik. Bila diambil bersama dengan antibiotik  zat-zat tersebut dapat membentuk zat yang tidak larut dan tidak dapat diserap oleh tubuh. Akibatnya, ubat menjadi kurang berkesan  dan kesembuhan menjadi lama.



Minuman Berkafein
Kafein merangsang pusat saraf.
Kafein boleh menimbulkan ancaman kesihatan yang serius jika diminum dengan ubat perangsang saraf. (macam ubat asma yang mengandung teofilin dan epinefrin atau ephedrine (ubat diet) atau amfetamin ) yang akan meningkatkan rangsangan pada  sistem saraf pusat yang berlebihan.

Maka, untuk mengelakkan rasa berdebar-debar, gegaran, berpeluh atau halusinasi, yang terbaik adalah, mengelakkan minum kopi, teh atau soda pada masa rawatan.

Ubat diabetes merupakan stimulan yang bekerja meningkatkan  insulin sehingga nantinya kadar gula darah dapat mencapai angka stabil. Untuk menghindari efek negatif yang ditimbulkan, maka disarankan untuk tidak minum ubat bersamaan dengan minuman berkafein
Kopi juga dapat meningkatkan risiko over dos antibiotik tertentu (seperti enoxacin, ciprofloxacin, norfloksasin).

Paling tidak tunggu sampai 2 atau 3 jam setelah minum ubat sebelum meminum kopi atau teh.


 Teh
Kafein juga banyak ditemukan dalam kandungan teh, khususnya teh hijau. . Kandungan zat tannin yang terdapat dalam teh dapat mengikat senyawa aktif ubat sehingga sukar untuk  diserap tubuh.


 Green Tea
Green tea mengandungi vitamin K . Vitamin K hanya akan mengurangi keberkesanan ubat tersebut.
Sayuran seperti brokoli, kubis, selada, bayam, dan alpukat sebaiknya dihindari ketika sedang meminum ubat anti koagulan kerana ubat ini bekerja mencairkan darah, sedangkan vitamin K dapat membekukan darah.


Minuman Isotonik
Minuman isotonik mengandung kalium yang akan sangat berbahaya jika digabungkan dengan ubat utk penyakit gagal jantung atau ubat hipertensi

Selain minuman isotonik, hindari juga minuman dan makanan lain yang juga mengandung kalium. Pisang sangat kaya dengan kalium. Kalium berguna bagi pesakit hipertensi, tetapi apabila pengambilan kalium berlebihan boleh membahayakan si pesakit.


Jus oren, Jus Pomegranate (Delima), Jus Grapefruit dan Segala Jenis Jus Lainnya
Berdasarkan penelitian dari Universiti Western Ontario, Kanada oleh Prof. David Bailey, ubat dengan jus dapat menghilangkan kesan khasiat ubat yang diminum. Menurutnya, jus buah yang dapat mengurangkan serapan ubat adalah jus oren, jus epal, dan jus anggur. Ubat yang kurang diserap akibat jus tersebut adalah ubat antikanser, darah tinggi, jantung, dan ubat-ubat antibiotik lain. Buah yang kaya akan vitamin C ini tidak boleh diambil dengan ubat tekanan darah, kanser, dan penurun kolesterol statin, atau ubat yang digunakan untuk menekan sistem kekebalan tubuh pascatransplantasi organ.

Satu tablet ubat dengan segelas jus oren atau jus lain yg kaya vitamin C juga akan memberi kesan yang  buruk kerana seperti anda menelan lima atau 10 tablet dengan segelas air.

Efek sampingnya mungkin berbeza, bergantung pada jenis  ubat yang diambil. Namun secara umum, dapat menyebabkan perut mengalami pendarahan, denyut jantung berubah, kerosakan ginjal, bahkan kematian mendadak. Selain itu, jus yang diambil bersama dengan ubat anti inflamasi atau aspirin dapat membuatkan rasa panas dan asam di perut.

Alasan tidak boleh meminum ubat dengan Jus pomegranate (Delima)
Menurut pakar, jus delima tidak boleh digunakan untuk meminum ubat. Zat yang terdapat dalam jus tersebut boleh melambatkan kelajuan hati untuk memecah pencair darah dan menyebabkan berkurangnya keberkesanan ubat. Tidak hanya itu, para pakar juga mendapati bahawa enzim di dalam jus delima dapat memecah ubat.

Alasan tidak boleh meminum ubat dengan Jus Grapefruit
University of Western Ontario menemukan bahawa meminum jus grapefruit boleh mengganggu prestasi lebih daripada 50 ubat. Jus ini boleh meningkatkan penyerapan ubat-ubatan tertentu serta dapat mengubah dos ubat yang diminum dari dos normal menjadi dos berlebihan. Maka dari itu, hindarilah minuman ini jika anda tidak mahu mengalami over dos.

Soda
Selepas minum ubat tidak boleh minum minuman bersoda, misalnya pepsi, coca cola, dll. kerana berbahaya dan boleh menyebabkan keracunan, kematian, dll.


Kesimpulannya


Minum ubat dengan air putih kerana air putih bebas dari kandungan bahan kimia sehingga tidak menimbulkan penguncupan. Selain itu air putih boleh membantu melarutkan ubat yang digunakan di sehingga proses penyerapannya menjadi lebih baik dan lebih mudah.



*sumber dari pelbagai





Comments

  1. Uwaaaa....nini slumber je makan asid folic ngan susu.....hahahaha

    ReplyDelete
  2. Baru tau dulu main belasah je, terima kasih banyak diatas info

    ReplyDelete
  3. Baru tau dulu main belasah je, terima kasih banyak diatas info

    ReplyDelete
  4. Baru tau dulu main belasah je, terima kasih banyak diatas info

    ReplyDelete
  5. Kalau antibiotik bleh ke mkn selepas minum air teh?

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah......info yang sangat baik. Terimakasih.

    ReplyDelete
  7. kalo minum vit c tablet lps 2 3 jam mkn ubat bole x? adakah vit c tablet same mcm jus oren?

    ReplyDelete
  8. Kalau dah termakan perahan lemon,beberapa minit termakan pulak pil perancang,ada apa apa kesan tak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

* MISI MENCARI CERMIN MATA

ini cermin mata ai yg baru..frame separuh..pandangan dr bawah.. Power mata kiri -4.50 silau -2.00 mata kanan -2.75 silau -2.75 kanta jenis HOYA (HVP-HARD) bayangkan kalau takde teknologi canggih...harus sebelah tebal.. maka sengetlah sebelah hidung ai frame tu ade diskaun 40% maka dptlah 150 hengget ikutkan harga rm880 plus frame..T_T nanges... buat muka seposen dptlah 750 hengget *bukan saje nk tunjuk rega ye..ade org lagi mahal dari ni...cuma sbg panduan utk kwn2 semer* Ai ni dah berjamang memakai cermin mata, dari form 1 sampai dah 4 series ni...tentulah selama-lamanya kan...kecuali ada duit ribu riban yg tak tahu nak buat apa...bolehlah g lazer bijik mata...tapi kalau ada pon...tak perlulah...hidup pon dah nak sampai ke penghujung dunia... baik duit tu buat benda yg lebih memerlukan...errr...tp kalau ada org nk sponsor...I rela U..maceehhh...hihi.. So ai nak kongsi sikit info bg yg pestime nak berkaca mata, utk yg dah berkali-kali pon boleh jgk...sbb ai yg dah berkali-kali n...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...