.
Makan ubat sebelum makan...3 kali sehari...
kite pon makanlah ubat tu sementara kite duduk tunggu lauk-pauk dihidangkan...
ataupon makan ubat selepas makan...kite pon makanlah betul-betul lepas kenyang mengisi perut...
betul tak?...betul tak??...
kannnn....
yang sebenarnya ialah
1 jam sebelum makan atau 2 jam setelah makan
3 kali sehari bermaksud sekitar 6 jam setiap kali pengambilan ubat
3 kali sehari bermaksud sekitar 6 jam setiap kali pengambilan ubat
Ubat atau antibiotik yang diambil boleh menjadi berkesan jika diserap dengan baik oleh tubuh..jadi jgn salahkan ubat bila sakit tak kebah-kebah atau lambat beno nak baiknya...
gitewwww....
lagi satu perkara yang ramai tak amik pusing
Ubat/antibiotik dengan makanan/minuman tertentu dapat mempengaruhi fungsi ubat.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
MINUMAN YANG DILARANG DIAMBIL DENGAN UBAT
Susu
Kenapa susu tidak boleh dicampur dengan ubat?Kandungan zat dalam susu akan mengurangkan daya serap antibiotik/ubat dalam tubuh sekaligus menghalang penyerapan beberapa komponen tertentu dalam ubat. Kandungan kalsium pada susu juga boleh mengganggu keberkesanan ubat. Kalsium yang terdapat dalam susu akan mengikat ubat atau antibiotik sehingga mencegah penyerapan ubat tersebut di dalam tubuh.
Susu hanya boleh diambil selepas atau sebelum 4 jam kita makan ubat.
Minuman Berkafein
Kafein merangsang pusat saraf.Kafein boleh menimbulkan ancaman kesihatan yang serius jika diminum dengan ubat perangsang saraf. (macam ubat asma yang mengandung teofilin dan epinefrin atau ephedrine (ubat diet) atau amfetamin ) yang akan meningkatkan rangsangan pada sistem saraf pusat yang berlebihan.
Ubat diabetes merupakan stimulan yang bekerja meningkatkan insulin sehingga nantinya kadar gula darah dapat mencapai angka stabil. Untuk menghindari efek negatif yang ditimbulkan, maka disarankan untuk tidak minum ubat bersamaan dengan minuman berkafein
Kopi juga dapat meningkatkan risiko over dos antibiotik tertentu (seperti enoxacin, ciprofloxacin, norfloksasin).
Paling tidak tunggu sampai 2 atau 3 jam setelah minum ubat sebelum meminum kopi atau teh.
Teh
Kafein juga banyak ditemukan dalam kandungan teh, khususnya teh hijau. . Kandungan zat tannin yang terdapat dalam teh dapat mengikat senyawa aktif ubat sehingga sukar untuk diserap tubuh.
Green Tea
Green tea mengandungi vitamin K . Vitamin K hanya akan mengurangi keberkesanan ubat tersebut.Sayuran seperti brokoli, kubis, selada, bayam, dan alpukat sebaiknya dihindari ketika sedang meminum ubat anti koagulan kerana ubat ini bekerja mencairkan darah, sedangkan vitamin K dapat membekukan darah.
Minuman Isotonik
Minuman isotonik mengandung kalium yang akan sangat berbahaya jika digabungkan dengan ubat utk penyakit gagal jantung atau ubat hipertensiSelain minuman isotonik, hindari juga minuman dan makanan lain yang juga mengandung kalium. Pisang sangat kaya dengan kalium. Kalium berguna bagi pesakit hipertensi, tetapi apabila pengambilan kalium berlebihan boleh membahayakan si pesakit.
Jus oren, Jus Pomegranate (Delima), Jus Grapefruit dan Segala Jenis Jus Lainnya
Berdasarkan penelitian dari Universiti Western Ontario, Kanada oleh Prof. David Bailey, ubat dengan jus dapat menghilangkan kesan khasiat ubat yang diminum. Menurutnya, jus buah yang dapat mengurangkan serapan ubat adalah jus oren, jus epal, dan jus anggur. Ubat yang kurang diserap akibat jus tersebut adalah ubat antikanser, darah tinggi, jantung, dan ubat-ubat antibiotik lain. Buah yang kaya akan vitamin C ini tidak boleh diambil dengan ubat tekanan darah, kanser, dan penurun kolesterol statin, atau ubat yang digunakan untuk menekan sistem kekebalan tubuh pascatransplantasi organ.Satu tablet ubat dengan segelas jus oren atau jus lain yg kaya vitamin C juga akan memberi kesan yang buruk kerana seperti anda menelan lima atau 10 tablet dengan segelas air.
Efek sampingnya mungkin berbeza, bergantung pada jenis ubat yang diambil. Namun secara umum, dapat menyebabkan perut mengalami pendarahan, denyut jantung berubah, kerosakan ginjal, bahkan kematian mendadak. Selain itu, jus yang diambil bersama dengan ubat anti inflamasi atau aspirin dapat membuatkan rasa panas dan asam di perut.
Alasan tidak boleh meminum ubat dengan Jus pomegranate (Delima)
Menurut pakar, jus delima tidak boleh digunakan untuk meminum ubat. Zat yang terdapat dalam jus tersebut boleh melambatkan kelajuan hati untuk memecah pencair darah dan menyebabkan berkurangnya keberkesanan ubat. Tidak hanya itu, para pakar juga mendapati bahawa enzim di dalam jus delima dapat memecah ubat.
Alasan tidak boleh meminum ubat dengan Jus Grapefruit
University of Western Ontario menemukan bahawa meminum jus grapefruit boleh mengganggu prestasi lebih daripada 50 ubat. Jus ini boleh meningkatkan penyerapan ubat-ubatan tertentu serta dapat mengubah dos ubat yang diminum dari dos normal menjadi dos berlebihan. Maka dari itu, hindarilah minuman ini jika anda tidak mahu mengalami over dos.
Soda
Selepas minum ubat tidak boleh minum minuman bersoda, misalnya pepsi, coca cola, dll. kerana berbahaya dan boleh menyebabkan keracunan, kematian, dll.
Kesimpulannya
Minum ubat dengan air putih kerana air putih bebas dari kandungan bahan kimia sehingga tidak menimbulkan penguncupan. Selain itu air putih boleh membantu melarutkan ubat yang digunakan di sehingga proses penyerapannya menjadi lebih baik dan lebih mudah.
*sumber dari pelbagai
Uwaaaa....nini slumber je makan asid folic ngan susu.....hahahaha
ReplyDeleteSaya pun...
ReplyDeleteSaya pun...
ReplyDeleteBaru tau dulu main belasah je, terima kasih banyak diatas info
ReplyDeleteBaru tau dulu main belasah je, terima kasih banyak diatas info
ReplyDeleteBaru tau dulu main belasah je, terima kasih banyak diatas info
ReplyDeleteKalau antibiotik bleh ke mkn selepas minum air teh?
ReplyDeletesama juga...
DeleteAlhamdulillah......info yang sangat baik. Terimakasih.
ReplyDeletesama2 semoga bermanfaat
Deletekalo minum vit c tablet lps 2 3 jam mkn ubat bole x? adakah vit c tablet same mcm jus oren?
ReplyDeleteKalau dah termakan perahan lemon,beberapa minit termakan pulak pil perancang,ada apa apa kesan tak?
ReplyDelete