Skip to main content

MISI MENCARI HOOD+HOB

Saje nak kepoh...
ai sedang menservey hood+ hob
ala dapur siap dengan penyedut asap tu lah...
servey je..belinya tak tahu bila...

kali ni ai tanam impian my new kitchen nanti nak pasang hood...
manalah tau kan..tetiba malam-malam teringin makan ikan goreng bacin..tak yah nunggu esok siang...harus tido kuar air liur basi...

before before ni ai memang tak pernah guna hood ni...hob tu pernahlah...jenama DENKA...dah hampir 7 tahun rasanya...elok lagi cuma dia punya starter dah rosak...kena guna lighter dapur..ala yang mcm pistol tu...tapi kan..ai tak guna tu pon..ai guna lilin je...kihkih..

pasal hood tu ai baru jengah satu kedai...tu pon dah blurr...tak boleh nak fikir...sebab tak pernah guna kan...
cik suami dok fikir pasal budget (opkoslah kan) 
ai pulak fikir pasal cantik ke tak ai eh hood + hob tu lah...

sebelum ai semakin terpesona melihat kecantikan design hood tu semua...dan terpikat dengan tawaran hadiah percuma..ai kena buat garis panduan yang memenuhi syarat kegunaan ai..so kena survey dalam internet...

Kesimpulan dari serveying kat internet

HOOD:
1. kena cari yang sesuai dgn cara masakan kita sbb produk macamni byk diimport dari luar so cara masakan opkoslah berbeza kan..,so cari yg asian cooking
2.oleh kerana cara masakan kita banyak menumis/menggoreng kena pilih kuasa sedutan hood mesti lebih 1000m 
3. mudah diselenggara/dibersihkan
4. ada timer..lepas abis masak  boleh sedut bau & asap lagi then off sendiri
5. boleh control speed fan
6. kalau boleh cari autocleaning system...jenuh nak mencuci nanti
7. beli yg tak ada consumable, semua alat, filter boleh cuci dan pakai semula
8. pastikan bunyinya tak bising
9. pilih yang melebar panjang
10. spare part yg mudah dapat

HOB:
1.kuasa pemanasan api harus 3.5kw ke atas, semakin tinggi kw semakin panas api
2. beli hob dulu baru korang buat kabinet sebab takut size tak ngam...lain hob lain size...naya korang nanti...kalau boleh masuk pon ekceli dia tak ngam..boleh menyebabkan tetiba hob tu pecah...kes double naya...buatnya tengah masak...

Oleh sebab ai selalu masak..hari-hari masak (ye ke niiii...) dengan ini ai akan pilih jenis cerombong..
kaca ke aluminium?leper ke menyerong?
brand?? errrr....


Korang kliklah link bawah ni...ai dapat info dari beliau
http://kabinetdapurmy.blogspot.com/2014/01/memelilih-jenis-jenis-hood-di-pasaran.html




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

WAKTU SESUAI MAKAN JAMU

BILAKAH  WAKTU SESUAI MAKAN JAMU? Wanita dalam pantang terutamanya disarankan ambil jamu TETAPI bukan semua jamu boleh diambil dahulu, ada tertib caranya. Amalan makan jamu juga disarankan kepada semua wanita TETAPI bukan boleh diambil secara berterusan terutama jamu merapat. Yang betul rawatan pemakanan jamu terutama sekali jamu merapat perlu diamalkan hanya seminggu 2 atau 3 kali sahaja. Rawatan herba yang boleh diamalkan sentiasa. Jamu merapat adalah terdiri dari manjakani, kunyit, kacip fatimah, akar serapat, temu kunci dan sebagainya. Bilakah perlu diamalkan? 1. Waktu pantang Bermula hari ke 30 sehingga hari ke 44. Amalan berturut- turut selama 14 hari. Dalam pantang, masa hari pertama sehingga hari ke 29, fokus amalkan herba untuk keluarkan darah nifas yang masih banyak. Rawatan merapat dan mengetat saluran faraj dimulakan pada hari ke 30. Bagi wanita bersalin secara pembedahan walau baby tak lalu saluran faraj, tetapi proses hamil dan pembedahan menjadikan ...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...