Skip to main content

Posts

TIPS PILIH TEMBIKAI MANIS

Kat Teganu sekarang ni musim panas...panas manjang...terik... cuaca panas ni nak makan pon tak bape nak lalu... kalau nak makan dah tak bape nak lalu...kompom lah nak masak malas je rasa... nak teguk air banyak-banyak...sedapnya kan makan buah tembikai... manis sejuk je rasa... kalau buat air...buh air batu...perghhh...esok batuk terus..hihihii... itu saya ler...minum tak hengat...kena yg buahnya manis berjus gitu... mau cukup segelas je ke??..takkan... harus sekali hadap satu jug... larong...burok ruper...hahaha.. Jom kite study macamana nak pilih tembikai yang manis.. jangan nanti tak puas hati pulak...terbeli yang tawar atau pon yg tak elok.. takut nanti jadi macam satu kisah ni... ada kene mengena dgn buah tembikai ni lah... nak tau apa dia...silalah klik bawah ni.. http://hello-zura.blogspot.com/2013/11/salah-siapa-dia.html

CERITA DI SEBALIK SOYA

Kita selalu disarankan utk mengambil minuman/produk berasaskan soya terutama sekali bagi ibu-ibu yang hamil masing-masing teruja utk memiliki kulit baby yang putih cerah & mulus.  Utk pengetahuan beberapa produk supplement berasaskan soya mengandungi bahan kimia yang merangsang hormon wanita, sebab tu kot kalau minum ni kulit jadi cantik, rambut lembut, berseri, boleh tegangkan kulit & breast... itu yang  ramai rasa nak try... Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita. Tepuk dada tanya selera.. PENGENALAN SUSU SOYA Susu soya samada susu tepung atau susu soya fresh, selain masalah GMO yang selalu menjadi isu, soya juga banyak mendatangkan keburukan. Soya walaupun kaya dengan protein, cuma disarankan ambil dalam kuantiti yang sedikit dalam seminggu (2 kali seminggu). Isu keburukan soya ini tidak termasuk makanan berasaskan soya yang telah tertapai seperti tempe atau kicap. KAC...

SI KAKI PENIPU

Semua orang pasti pernah berbohong...kiranya manusia dengan pembohongan tidak pernah berkesudahan...bak kata orang..lumrah manusia. Ada yang menipu bagi tujuan kelangsungan hidup atau ikhtiar utk kehidupan, menipu untuk kepuasan dalaman, menipu utk mendapatkan perhatian, menipu mengelakkan menunaikan sesuatu tanggungjawab dan menipu sebagai tabiat. Kajian menunjukkan secara purata orang dewasa akan bercakap bohong atau menipu sekurang-kurangnya sekali sehari. Bagaimanapun orang muda didapati lebih ramai menipu berbanding individu lebih berumur Bagaimana mengetahui anda sudah dibohongi? Mungkin ini boleh dijadikan sedikit panduan. 1. Tiada hubungan mata Individu berbohong kurang memandang mata anda sewaktu berbicara. Seboleh mungkin mereka akan 'melarikan' pandangan matanya drpd anda.  2. Suka perkataan tidak Pembohong suka menggunakan perkataan 'TIDAK', sedangkan ia adalah percubaan yg salah. Ini kerana pada penghujung cerita, si pembohong banyak berb...

RINDU SERINDU RINDUNYA

Tetiba saya rindukan sesuatu...rindu mendengar sesuatu...rindu menjadi sesuatu... masakan tidak...itulah rutin setiap hari bila mencelikkan bijik mata...kadang-kadang rasa fed up...bosan...naik darah aka naik antu dibuatnya...tapi kalau tak begitu... alamat  semua perkara menjadi tak menjadi...bergerak slow...bertunda-tunda...jadi bagi anda yang sedang mengalaminya...nikmatilah saat-saat itu...nanti bila sudah berada dalam situasi saya...anda pasti merindukannya... Tau tak apa yang saya rindukan tu? Saya rindu nak jadi "mak tarzan"..hahahaha...rindu nak dengar suara sendiri bernada tinggi...kompom pitching lari...hihihi... agaknya beginilah ruperku bila 'menjerit' pada anak-anak... eh..tak comelnya..haha..baru perasan... 'jerit' sana...'jerit' sini... yang kelakonya...lepas kite 'jerit'...bersahut pulak umah sebelah dok 'jerit' sama dgn askar-askar dorang pulak... gitulah kalau ada anak-anak yang sedang membesar... ...

MEE GORENG ALA MAMAK

Mee goreng ala mak mamak..^_^ Pes mee goreng...buat lebih..simpan dalam esbok. .nanti nak masak mee senang citernya PES MEE GORENG bahan kisar: 6 biji bawang besar 1 labu bawang putih 2 genggam lada kering segenggam udang kering 1/2 cawan sos cili/tomato 1/2 cawan kicap  4 sudu besar gula 2 stok kiub ayam garam 1/3 cawan minyak masak cara :  Tumis bahan kisar sehingga kering &  pecah minyak  masukkan kicap, sos, kiub ayam, gula - tumis lagi  sehingga agak pekat & sambal menjadi agak gelap   api  sederhana sahaja. * sambal ni masak nya agak lama, lagi lama lagi sedap tapi kena kacau selalu   simpan dlm bekas tertutup  karang nak masak mee mudah... +++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++ MEE GORENG ALA MAMAK (sorang makan) segenggam mee kuning + lebih sikit kobis, tahu goreng yang di potong nipis, tauge, sawi dipotong isi ayam di...

NIKMATNYA TIDUR

Amalan tidur pada waktu tengah hari adalah satu amalan Rasulullah yang dapat menyegarkan tubuh badan sekaligus meningkatkan produktiviti. Berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur pada waktu tengah hari didapati berkesan bagi meningkatkan tenaga, tumpuan dan produktiviti pekerja-pekerja. Kajian menunjukkan mereka yang secara rutin tidur selama 30 minit di waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap penyakit jantung 30% lebih rendah berbanding mereka yang lain. Waktu Qailullah (tidur siang) adalah selama beberapa minit sebelum masuk waktu solat Zuhur atau selepas makan tengahari hingga awal Asar iaitu dengan kadar masanya antara 10 hingga 30 minit sahaja . Waktu paling afdhalnya ialah dalam tempoh setengah jam sebelum masuk waktu solat Zuhur. inilah ruper dan gayanya daku nak tidur siang... aduiii... ghaser macam 'orang kecik' dalam kepalaku bertempior lari... bijik mata bergolek kiri kanan... omai aiii..pening...puasan...hihi.. daku ada ...

TOMATO OH TOMATO

Tomato yang masak sangat sedap kalau makan dengan asam kecut kaler merah tu...asam kecut tu asam boi lah...asam yang dorang buat eskrem malaysia tu...sumbat je dalam tomato tu...sedap giler ko...betul ni...bukan bidaah...cubalah... Semua sedia maklum kan...tomato ini agen antioksida utk awet muda. Plus tomato kan murah, mudah nak dapat...sesuai sangat kalau nak makan hari-hari...sebiji utk dimakan sebiji utk dibuat masker atau dilumur seluruh badan...haruslah budget kan kan... Jom kite tengok apa yang boleh dibuat dgn tomato ni... MASKER Untuk menghaluskan, mencerah & menggebukan wajah. Kisar sebiji tomato hingga halus campur dgn sesudu susu tepung, sapukan pada wajah.  Biarkan 15-20 minit, bilas dgn air suam. Untuk mengecutkan jerawat, kulit licin, cerah & lembap.  pilih tomato yang masak ranum. cuci tomato dan kupas kulit luar tomato yang nipis dengan tangan atau pisau. keluarkan isi tomato dan masukkan ke dalam mangkuk kecil. Ramas atau ha...