Semua sedia maklum kan...tomato ini agen antioksida utk awet muda. Plus tomato kan murah, mudah nak dapat...sesuai sangat kalau nak makan hari-hari...sebiji utk dimakan sebiji utk dibuat masker atau dilumur seluruh badan...haruslah budget kan kan...
Jom kite tengok apa yang boleh dibuat dgn tomato ni...
MASKER
Untuk menghaluskan, mencerah & menggebukan wajah.
Untuk mengecutkan jerawat, kulit licin, cerah & lembap.
Untuk kulit tegang, cerah & pudarkan parut-parut halus/bintik hitam
kupas kulit tomato yang masak ranum. keluarkan isi tomato dan masukkan kedalam mangkuk. ramas atau hancurkan tomato hingga keluar lendir. masukkan putih telur yang telah di asingkan kuningnya. Gaul sebati dan lumurkan campuran tomato dan putih telur ke muka. Bilas dengan air bersih setelah 20/30 minit atau hingga kering.
Untuk mengecilkan liang roma
campur sedikit air perahan tomato di dalam kuning telur. Sapu di wajah dan biarkan mengering. Bilas wajah dengan jus lemon atau limau nipis. Akhiri dengan bilasan air suam.
Untuk atasi kulit kering
campur air perahan tomato dengan yogurt asli. Jadikan sebagai masker dan sapu pada wajah dan biar kira-kira 30 minit. Bilas dengan air suam.
Untuk kulit cerah sekata
campuran jus tomato dan madu dan sapu pada wajah, biarkan kering kemudian bilas dengan air suam bercampur air perahan limau nipis.
Untuk hilangkan lingkaran gelap bawah mata
lekapkan mata dengan hirisan tomato yang disalut dengan yogurt asli lebih kurang 30 minit setiap sesi.
PENCUCI MUKA
Selain menggunakan pencuci yang sedia siap di pasaran, kita boleh juga mencuba pencuci muka dari sumber semulajadi seperti tomato. caranya mudah, langkahnya hampir sama seperti membuat masker, cuma tidak perlu tunggu kering. Oleskan dan scrub tomato ke muka dan bilas seperti biasa. Hasilnya muka rasa lebih bersih dan lembab. Amalkan dengan kerap untuk kesan yang menakjubkan.
MENYINGKIRKAN LEMAK
Cuba amalkan makan buah tomato pada waktu pagi dan jadikan jus tomato sebagai minuman harian dengan mengamalkan meminumnya 15 minit sebelum makan kerana ianya membuat anda kenyang.
MELEMBABKAN KULIT
Lenyek tomato dan lumur pada tubuh ketika mandi. Biar ianya kering sebelum di bilas dengan air bersih. Lakukan seminggu sekali.
bagus lah tip ni...
ReplyDeleteadakah ia berkesan ?
ReplyDeleteBetul! Saya memang amalkan, best sgt..kulit muka bersih je rasa :)
ReplyDelete