Skip to main content

BE SMART

-sekadar hiasan-

Perkongsian:
Sesuatu yg utk kite renungkan.
(bukan utk dibahaskan/kritik atau bla bla bla hokeyyy...renung & fikir & bukak minda dgn jernih)

Kebanyakkan isteri-isteri orang melayu ni byk sgt habiskan masa di dapur. Sebab apa? sebab dok berat tang makan.
Breakfast saje pun gigih bangkit awal buat nasi lemak, bihun goreng, cengkodok dll. Makan tengahari & malam pulak kalau tak dak 6, 7 jenis lauk penuh meja tak sah.
Pahtu kalut nak tumbuk sambal apa semua. Pahtu kalut nk mengemas urus anak & sebagainya. Dalam sehari 24 jam tu banyak masa dok abis tang makan.
Walhal kita makan ni utk kenyang saja. Apa yang perlu sebenarnya makanan yg simple dan berkhasiat. Asal boleh bagi khasiat & tenaga dah cukup.

Cuba tengok omputih. Walaupun isteri dorang tak bekerja, kebanyakan mereka ada masa baca buku ilmiah, g kelas-kelas ilmu mcm baking class sewing class, mengajar anak sendiri fulltime atau pon libatkan diri dgn aktiviti masyarakat & aktiviti sekolah anak-anak.

Mereka selalu jadikan sesuatu tu simple. Masak simple mcm grilled chicken with salad..asalkan berkhasiat. Mereka guna sebaik mungkin masa yg ada. Yang penting kualiti dlm setiap rutin. 

What you suppose to do is be a clever housewife. Bukan kata jadi housewife tu kena dok cerok dapur saje.

Kesimpulannya.. semuanya berkenaan dgn mentality. Tapi lah ni masalahnya bila si ibu/isteri tu masak nasi goreng yg memang siap2 dah ada khasiat dari ayam, telur, carot pun dilabel pemalas!


Comments

  1. hihihi..sangat betul..tapi dah jadi budaya, kalo makan seboleh nak penuh satu meja..mak angah la tu..suka dia bila anak-anak banyak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi...tak dinafikan..kalau tak mcm tak lengkap eh

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

OMK!!! CREAM MUKAKU ADA MERCURY!

Daku nak stori satu cerita...cerita ni tak ada diedit atau ditokok tambah perencah bagai hokayy... tak percaya silakan...nak percaya pon silakan... daku saje nak share.. Entry ini bukan utk menutup periuk nasi sesiapa pon...sebab bukan daku yg beri rezeki...bukan busuk hati atau dengki...daku tak de apa-apa keuntungan dunia akhirat pon...jangan ditanya produk apakah itu... buatlah pemeriksaan sendiri... Mujur baru 2 bulan lebih ku menggunakannya...huhuu...dalam berjaga-jaga timah terkono juo...jadi sebelum terlambat biarlah daku leburkannya...omak aiii...baru je daku beli lagi yang baru tu tau..full tank lagi!  (bungkus lelok..kang en suami nampak tak pasal merah tinge kena dengar orang baca kitab tak de baris!ko ghase...) Sebelum daku guna  produk ni, daku guna produk lain..kebetulan jugak ada baki sikit lagi ( yang banyak sebenonya)...biasalah daku memang gitu...dah dapat yg baru...ko boleh tahan ke nak nengok je.....mujur disimpan...(disimpan utk dijadikan ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

CARA MENYIMPAN LADA BENGGALA

Sebelum share cara menyimpannya, kita bercerita sedikitlah info pasal lada benggala ni dulu. Boleh kann. Lada benggala atau dikenali sebagai capsicium, rasanya tak lah sepedas lada atau cili biasa. Kebiasaannya diletak dalam masakan spagetti. Ada 3 warna, hijau, kuning dan merah. Tahu tak khasiat dia yang paling best? Baik utk mata! Capsicium mengandungi 4 caratenoid iaitu beta, beta-karoten, lutien dan zeaxhantin yang dapat mencegah katarak dan penyakit mata lainnya. Capsicium juga tinggi kandungan vitamin A dan C dan bertindak sebagai antioksida yang baik. Sebenarnya ada banyak lagi khasiat-khasiatnya. Tapi masalah yang dihadapi oleh puan isteri yang bekerja ni atau yang jarang masak tapi suka beli lada benggala ni..hihihi. Ia cepat rosak kalau disimpan lama, lebih-lebih lagi kalau dah dipotong-potong. Tips ni saya dapat dari perkongsian seorang teman Nik Fatimah Shoppe, dia bagitahu kalau nak bagi tahan lama, simpan capsicium yang telah dipotong di dalam bekas bers...