Skip to main content

Posts

RAMADHAN BULAN TOP-UP

Tinggal beberapa hari saja nak masuk bulan puasa kan...sekejap je masa berlalu...alih-alih Ramadhan sudah hendak ambil giliran dah.... 2 3 tahun kebelakangan ini...saya sudah mula menanam azam... apa??... ingat tahun baru je ke boleh tanam azam...puasa pon boleh tau... ke itu sudah menunjukkan tanda-tanda sadar diri sudah menjelma...betapa diriku ini sedang menuju ke zaman ketuaan....talian hayat semakin menuju ke penghujung jalan...gituuuu...hihi.. Elehhhh...bukannya azam apa pon... cuma nak mengerjakan ibadah puasa dalam keadaan yang tenang & santai...nak menghayati kedatangan Ramadhan dengan lebih khusyuk & aman damai.....tak mahu terlalu sibuk nanti...karang nak masak bukak pose lah...adakalanya kena masak untuk bersahur lah...nak itu lah... nak ini lah...lah...lah...lahhh...lebih-lebih lagi bila usia semakin meningkat...mudah sangat rasa penat... Lagi beberapa hari nak puasa ni saya sedang menyelesaikan beberapa urusan... cehhh...lagak gaya macam orang bekerjaya ...

LAGU RIANG CERIA KANAK-KANAK DI SATU MASA DAHULU

sip..sip..siippp...mi..mi..miiii... air pasang pagi surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga pokok bunga melur tanam tepi kolam itik bertelur ayam mengeram cik Baba jatuh dlm parit cik Aminah ketawa jerit-jerit.. naik keretapi pergi kuala lumpur jumpa bini cantik sembunyi bawah dapur cat cat ku ci tembakau lima kati nyonya mintak kunci apek jawap nanti bila oren 1 botol kalau pecah kena pukul pagi pagi toreh getah ketuk sudu cawan pecah balik rumah taik ayam bersepah abis kena marah bang bang selebu kuali sawa ujan gunung mandi katun sireh rampai pinang berseri mintak peluk tangan kiri amik senapang amik peluru nak tembak johor baru tertembak anak lembu sapu sapu ringgit tersapu rumah papan datang pak mat joget pindah batu lapan ram ram pisang pisang masak layu jatuh dalam lubang sambar pak yu di malam yg sepi pi pi pak mat jual topi pi pi topi nya koyak yak yak pak mat jual tempoyak yak yak tempo...

PEKA DENGAN RAWATAN UNTUK ANAK...HINDAR TERSILAP DIAGNOSIS

gambar hiasan dari google Kajian pada 2005 yg diterbitkan dalam Jurnal of the American Medical Association mendapati daripada kajian bedah siasat yang dilakukan, kebarangkalian untuk seorang doktor melakukan kesilapan 10 hingga 15 peratus. Jika berlaku salah satu atau lebih daripada tanda di bawah ini, kita boleh syak ada kemungkinan besar tersalah diagnosis oleh doktor: 1. Penyakit anak tidak sembuh walaupun ubat yg diberi doktor sudah hampir habis di makan. 2. Anak menunjukkan gejala baru atau gejala sedia ada bertambah buruk. 3. Gejala yang dialami anak tidak kena dengan diagnosis yg dilakukan oleh doktor. Di sini kita perlu melakukan sedikit homework di internet bagi mengetahui lebih lanjut penyakit anak. 4. Doktor mengaitkan penyakit biasa dengan penyakit serius. Contohnya, anak mengadu sakit kepala yang sebenarnya berpunca dari ketegangan urat mata tetapi doktor mengesyaki ada ketumbuhan otak. Panduan hindar silap diagnosis 1. Ringankan mulut untuk bertanya l...

SERING TERTIDUR BUKTI MAKIN TUA

gambar hiasan sahaja...ehsan incik google London : Tabiat dan pendapat tertentu individu menjadi penentu utk menentukan bahawa seseorang itu sudah memasuki usia tuanya. Ini termasuklah apabila anda dikatakan sering kali tertidur ketika menonton televisyen. -  BH 23 Jun 2013 betullah kan...selalu nampak mak tengok tv tapi sudahnya tv tengok beliau...bila kita nak switch off tv..."eh...mak nak tengok tv lah..nape ditutup?" kita pon cakaplah..."kan mak tidur".... diikuti penafian beliau...hihihi... huhuhu....tapikan...tapikan...saya juga sedang mengalami frasa sedemikian... huwaaaa....hahahahaha...=D

NYAMUK AEDES DEMAM DENGGI & PETUA

Marilah kita sama-sama menjaga kebersihan persekitaran. Malulah sikit dengan nyamuk aedes, mereka  ni pembersih tau orgnya sebab suka membiak dalam air yang bersih atau jernih yang bertakung. "Rumah saya tinggi tak kena punye..." jangan nak perasan...nyamuk pon cerdik tau nak carik makan... Nyamuk secara semulajadi tidak mampu terbang pada ketinggian itu, tetapi ia ada cara tersendiri dgn terbang mengikut mangsa menaiki lif dan singgah di tingkat tertentu seterusnya bertelur & membiak. Selepas menghasilkan telur, ia akan terbang di ketinggian lain pula utk mencari mangsa & tempat bertelur yang baru. - Dr Rose Nani Mudin, Ketua Sektor Penyakit Bawaan Vektor, Bahagian kawalan penyakit KKM (BH 20 Jun 2013) Mereka sangat aktif sepanjang hari terutama waktu subuh & senja. Haa...nampak tak tu...pagi-pagi pon dorang dah cergas bekerja. Tak macam sesetengah orang kita...liat nak bangun awal-awal pagi...kan...kan... betul jugak kan kata org tua dulu-dulu...sebel...

RESEPI: SHERPED"S PIE

tabur cheese...saya guna lebihan cheese utk pizza ada parmesan, morazella dan cheddar jangan membazir...hihi tak de sayur campor...guna carot je... garit-garitkan dengan garfu   seyesli...saya rasa sherped pie ni lebih sedap dari lasagna... lembut dan pastinya tak yah nk kena beli lasagna punye pastry... jimat lah jugak...sebab cheese je dah mahal kan... 300g daging cincang* lebih baik beli timbang punye 100g sayur campur 170g mentega 1/4 cawan tepung gandum 1 bawang besar didadu 4 ulas bawang putih dicincang 1 sudu besar lada sulah 3 sudu besar rempah kari daging daun sup/bawang keju mozarella 1 kg kentang *rebus dgn kulit+garam kentang yang dah direbus dibuang kulitnya lecekkan dengan  mentega masukkan tepung gaul sebati tumis bawang dengan sedikit minyak masukkan lada sulah, rempah kari masukkan daging cincang, garam gula masukkan sayur campur masak hingga masak alas loyang dengan kertas minyak mas...

RESIPI : NASI AYAM CLAYPOT

tak de claypot...gasak situ..guna je periuk biasa... nasi ayam claypot periuk ok hapa...hihihi.. 1 cawan beras 11/2 stok ayam *masak ayam dulu...baru tanak nasi ye... bahan utk diperap: ayam dipotong kecil-kecil 1 sudu besar kicap pekat 2 sudu besar sos tiram 1 sudu besar kicap manis 5 cendawan hitam *rendam air panas bahan ditumbuk: 2 in halia 2 ulas bawang putih 1 sudu besar lada hitam campurkan semua dengan ayam & diperap 1/2 jam  cara-cara: tumis ayam perapan dengan sedikit minyak tuangkan air  masukkan 1 kiub ayam* optional masak hingga ayam empuk masukkan 1 sudu besar tepung jagung* dibancuh dgn sedikit air perasa garam tabur daun sup percikkan sedikit minyak bijan ketepikan masak nasi dengan stok ayam bila dah hampir masak curahkan ayam perapan tadi ke dalamnya tanak nasi hingga masak siappp!!