Hari ini 24hb Februari adalah Ulang Tahun Perkahwinan kami yg ke 17. Segala pahit maung, suka duka, bergaduh berselisih pendapat, susah dan senang kami harung bersama demi mempertahankan rasa cinta dan tanggungjawab yang telah diamanahkan. Bukan senang tu, sebab kami sangat sangat berbeza dari perwatakan. Kiranya kami memang tak ada persamaan langsung. Mesti orang kata bohonglah...tapi itulah realitinya. Apa yang kita suka dia tak suka...apa yang dia tak suka memang kompom kita tak suka jugak...hihihi...macam magnet utara dgn magnet utara...menolak je...ada masanya daya kesabaran perlu diletakkan pada tahap tertinggi melampaui sempadan, tapi dah namanya jodoh...mungkin juga kami bersesuaian & serasi dgn cara macam tu. Aku dilahirkan pada 24 hb Januari 1973, suami plk 24hb Jun 1970 dan kami diijabkabulkan pada 24hb Febuari 1996. Sebenarnya tarikh ini kami tidak rancang langsung, tidak terlintas mahu pun terfikir langsung untuk mencari tarikh 24hb pa...