JANGAN SUKA BERLAPAR Makanan memberi tenaga. Apabila kita menggunakan tenaga kurang daripada apa yang dimakan, tubuh akan membakar otot utk menggantikan makanan. wah..dengar mcm baguslah kan . ..tapi ini akan mengakibatkan kadar metabolisme tubuh menjadi rendah.. .faham tak ni ...Metabolisme yang rendah akan mengurangkan kadar pembakaran kalori. Maka berkumpullah lemak dalam tubuh badan. BANYAKKAN MINUM AIR KOSONG Air mengurangkan selera makan secara semulajadi & membantu me'metabolisma'kan simpanan lemak dalam tubuh. Sebelum makan makanan berat minumlah air terlebih dahulu. ELAKKAN MINUMAN BERKARBONAT Ianya tidak baik untuk kesihatan kerana mengandungi banyak gula. KURANGKAN GARAM Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan pengumpulan air dalam badan. Dengan mengurangkan pengambilan garam bermakna tubuh badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air. KURANGKAN GULA Setiap 1 sudu gula mengandungi 32 kilo kalori. SA...