Elakkan pengambilan madu/delima jika demam atau batuk disebabkan panas badan. Kerana madu/delima bersifat panas. Mengenal batuk kahak Kahak jernih = badan sejuk Dirawat dengan madu, buah delima dan kena makan makanan bersifat panas. Kahak pekat/kuning/hijau = badan panas Dirawat dengan barli atau air asam jawa dan kena makan makanan bersifat sejuk. Penambahan: Jus delima (buang kulit, blend dan tapis ) boleh dicampur dgn air suam , minum untuk hilangkan kahak (umur 7-10bulan). Bayi di bawah umur satu tahun tidak sesuai diberikan madu. Bagi sesiapa yang mahu melakukan amalan bertahnik, tidak menjadi masalah, kerana bertahnik cuma mencalitkan sedikit madu pada lidah anak, bukan beri makan atau minum hingga sesudu madu. Kenapa tidak selamat? Madu mengandungi spora dari sejenis bacteria bernama “clostridium botulinum” yang boleh menyebabkan penyakit yang sangat merbahaya iaitu “Botulism Bayi”. Spora ini sangat sukar dibunuh juga ianya tahan panas walaupun...